Isnin, 14 April 2014

2 keping CD

Semalam, aku nekad memberi 2 keping CD kepada rakan sekerja - Ezad. CD kompilasi nasyid NadaMurni yang asli keluaran OVA Production itu aku beli sekitar akhir 90an. Masa itu Arqam baru mula menerokai pengeluaran nasyid dalam bentuk CD. 

2 CD itu, aku tega memberi kepada orang lain. Walaupun ianya mempunyai nilai seni dan memori yang tinggi, aku dah jarang mendengarnya. Aku dah punya banyak koleksi baru. Lagipun, Ezad juga seperti aku dulu, gemar pada nasyid dan pernah menubuhkan kumpulan nasyid sendiri. Jadi, aku hadiahkan CD ini, yang tidak akan ada sepertinya lagi.


Aku memang amat sayang pada koleksi CD nasyid yang aku punyai sekarang ini. Bila masuk saja ke dalam kereta, lagu adalah yang pertama mesti aku pastikan tersedia. Paling aku gemari ialah NadaMurni dan The Zikr. Hinggakan ibu_suri pun tak terkata kata apa...

8 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

kita perlu sentiasa ada makanan jiwa...

Kamsiah yusoff berkata...

saya pun tak tau nak buat apa dgn beratus2 cd kat rumah ni...tak pernah kira,melebihi 1000 keping ...cd player pun dah lama jadi arwah...

Unknown berkata...

sayapun suka zikir munajat dan nasyid nada murni.terutapa yang tajuk dipondok kecil tu.Sekarang dah ada banyak versi baru,tapi versi lama ni lebih menyentuh hati.

JR berkata...

Saya dah tak ingat di muzium mana saya simpan CD yang pernah dimiliki sejak zaman bujang dulu. Yang pasti ia tak ada lagi dalam rumah sekarang. Di dalam kereta cuma dengar radio sebagai halwa telinga mereda ketegangan sewaktu memandu...

ANIM berkata...

bila hidup macam nomad ni, cd pun entah mana2..
tapi la ni saya suka cd sharifah khasif ^_^

Nor Azimah Ali berkata...

IM tak prejudis dengan Arqam?

sud@is berkata...

terapi minda, motivasi diri dengan cd macam ni...

insan marhaen berkata...

kakcik,
hah, betul sangat tu. lebih-lebih lagi yang berjiwa seni, macam IM...

kamsiah,
wow... kalah IM ni. Kalau ada CD nasyid NadaMurni terutama yang original dari OVA Production, jual kat IM, boleh ke? IM tengah buat koleksi.

kasih arus,
IM pun lebih suka nasyid asal Nadamurni kerana ianya di lagukan dengan jiwa yang ikhlas disamping penggunaan percussion yang harmoni.

JR,
mesti klasik punya CD-CD tu ya. CD IM ada yang berusia 10 tahun.

anim,
siapa dia sharifah khasif? tak biasa dengar pulak!

nor azimah,
IM kagumi Arqam dari sudut akhlak, ekonomi, seni/budaya dan komitmen mereka dalam menyebar dakwah.

sud@is,
bagi IM ia terapi jiwa..