Ahad, 13 April 2014

Buku

Alhamdulillah, dapat kembali menulis setelah sekian lama laptop aku tersandar di Gin Way. Ini pengakuan ikhlas dariku. Nak buat macam mana. Turun naik kehidupan aku, beginilah. Aku berlapang dada dengannya!

6 hb lalu, aku hadiri Multaqa' IKRAM Seberang Perai Tengah di RECSAM, Gelugor, Pulau Pinang. Lama benar aku tak bersua dengan rakan-rakan seperjuangan di medan dakwah. Paling aku teruja ialah dapat bertemu dengan blogger abuzorief yang lebih mesra digelar Roes. Aku memang senang bersama beliau kerana sikapnya yang low profile dan komited dalam dakwah.

"Ana dah hantar manuskrip kat PTS," beritahu Roes dengan ceria. "Tak tahu la... depa nak terima atau tak."

"Apa isi tulisan anta?"

"Apa yang ana tulis dalam blog tu la. Cuma ubahsuai sikit-sikit."

Ntah kenapa aku tumpang gembira. Rasa besar hati pula, kalaulah nanti dia berhasil menerbitkan buku.

"Jangan lupa, maklumkan kepada UNIT MEDIA IKRAM. Paling tidak, IKRAM akan mendapat sedikit kredit dari penghasilan buku anta tu," pesanku.

"Eh, macam mana kalau kita joinventure tulis buku seterusnya?"

"Ana nak tulis apa, syeikh? Ana bukan ada modal ilmiah macam anta. Takat tulis pasal ibu_suri, ada ke orang nak baca?"

Saranan itu bermain-main di fikiran aku...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Boleh jer klu fasal ibu suri dan pengalaman mengendalikan ibu suri. Ia amat berfaedah. Sebenarnya kt dunia ni ramai yg seperti ibu suri. Dan membaca pengalaman Pak IM ni mudah mudahan dapat membantu mereka yang di luar sana yg mengalami masalah yg sama.

Kamsiah yusoff berkata...

IM..ketika terdetik utk menulis blog dul pun saya pasti IM terpikir perkara yg sama...adakah org nak baca dan ikut blog IM..nah sekarang lihat bagaimana sambutannya..kenapa tak mencuba jugak cabaran kawan tersebut..

sud@is berkata...

Insayallah tentu ada yang melayarinya..entah rmaai peminat nnti belum cuba belum tahuu

mario berkata...

wah,,,,saya pulak rasa teruja...hehe bro mmg ada bakat menulis dr hati...

JR berkata...

Saya sekarang sedang menulis biografi tentang diri sendiri untuk dihadiahkan pada anak2. Tapi entahlah progressnya slow sangat, agaknya baru 5% tulis kot, banyak halangan untuk menyiapkannya....

Tanpa Nama berkata...

tak salah mencuba, sebab ini berdasarkan pengalaman yang kita semua boleh kongsi. lagi pun abang IM pasti bijak untuk menapis cerita yang sesuai atau tidak. dan yang penting, kita semua bakal dapat manfaat.

ANIM berkata...

kalau tak dipecahkan ruyung, mana dapat sagunya, IM..
belum cuba belum tau:-