Ahad, 27 Julai 2014

Rendang Ayam Perak

Sedang memasak rendang. Aku ikut resispi blogger Teratak Bunda kat sini. Tak tahu nak jadi macam mana nanti. Tapi baunya... semerbak. Masaalahnya sat lagi ni, nak memastikan cukup rasanya itu, bagaimana?

Masa aku membeli bahan-bahan rendang kat kedai tadi, ibu_suri banyak sangat soalan;

"Tak guna bawang putih ke?"

"Kerisik tak beli?"

"Tak bubuh asam ke?"

Errr... Ini rendang Negeri Perak. Aku tahu sebab ada hirisan daun kunyit di akhirnya. Mak aku biasa buat untuk aku dan adik-adik begitu.

Memang simple saja resispi Teratak Bunda ini berbanding resipi Dapur Tanpa Sempadan yang aku ikut Raya lepas. Jenuh cari bahan ramuannya kat kedai.

Cuma yang silapnya aku tak perasan pekerja kedai itu memotong ayam dengan potongan 12. Sepatutnya potongan 18. Jadi, apa yang berlaku... ketul ayam rendang aku besar-besar. Apa boleh buat. Kira ok la tu!

Sambil gantung langsir, sambil kemas bilik, sambil bagi arahan kat Along:

"Along, tolong ayah tumbuk cabai kering dengan kelapa parut, ya!"

"Kenapa tak guna blender ayah? kan senang!"

"Tumbuk lagi sedap. Tak caya, tengoklah nanti."

Tak lama...

"Lenguh lah ayah. Blender ajelah, ya!"

Aku segera henti vakum siling lalu terus ke dapur.

"Mai ayah buat. Susah sangattt...."

Gitulah selalunya aku. Tak mahu banyak seghongeh.

'Halia, potong memanjang macam ni ( sambil merujuk resipi Teratak Bunda kat laptop ). Daun kunyit buat macam ni. Serai hiris takat umbi saja. Batang kat atas tu tak payah la.'

Kalau ibu_suri yang kononnya nak tolong, tapi aku pulak yang kena bagi panduan. Kesan stroke dulu memang banyak membuatkan dia lupa atau tidak tahu banyak perkara. Doktor pun memang  mengakui begitu. Walhal dulu, bab memasak, ibu_suri memang kelas. Kawan-kawan aku ramai puji malah kalau ada program NGO kami, ibu_surilah yang akan jadi master cook.

Mula memasak jam 3 petang. Jam 4.30 baru siap.... Ni diaa.... jeng..jengg...


Sedap atau tidak..... Berbuka nanti baru tahu!.. Ya Allah ya Tuhanku.... Sedapkanlah rendang ayamku!

5 ulasan:

insan marhaen berkata...

Alhamdulillah, kalau ibu_suri makan tanpa komen tu, memang terbaik la resipi ni. Terima kasih Teratak Bunda...

MulutPayau berkata...

Selamat hari raya IM..maaf zahir batin ..

Kakcik Seroja berkata...

Mesti sedap rendang tu, kan?

radziah AR berkata...

Selamat Hari Raya IM
suka lagu raya klasik dan upin ipin. Lagu klasik tu, sangat menyentuh hati mengenang masa dulu ...

Bunda_nora berkata...

Selamat Hari Raya IM... Wah! dah cuba yer? Alhamdulillah, ... memang simple jer resipi ni...tak perlu kerisek...kelapa tumbuk tu dah cukup..