Hari ini adalah Isnin pertama aku berada dalam suasana tidak bekerja. Memang ada kelainannya. Aku harap dapat menyesuaikan diri.
Semalam, first time aku memasak bihun. Tak pernah sebelum ini. Aku beli perencah bihun goreng Adabi selain bawang, salad dan ikan bilis.
Ambil masa juga belek-belek jenama untuk pastikan ianya produk Muslim. Aku boleh agak nanti ibu_suri mesti tanya kenapa tak beli Cap kapal. Arrghh... nak layan tekak ke atau nak layan Halalan Toyyiban?
3/4 kuali juga kuantiti bihun tu bila dah siap masak. Sepertimana selalu, aku hidangkan di meja ibu_suri yang ralit menonton siaran MH17 yang kekadang aku rasa terlalu berlebih-lebihan seolah-olah di entertaimentkan. Makan berduaan bersama ibu_suri sekarang ini seperti sesuatu yang rutin kerana anak-anak semuanya dah ada kehidupan sendiri. Bila aku tanya:
"Macam mana rasanya abang masak?"
"Mmmmm.... boleh tahan. C+." Ha..ha.. aku tahu, gred itu cuma nak menyedapkan hati aku saja.
"Macam mana rasanya abang masak?"
"Mmmmm.... boleh tahan. C+." Ha..ha.. aku tahu, gred itu cuma nak menyedapkan hati aku saja.
Aku sms Akhmal dan Angah dengan harapan mereka akan makan bihun yang aku tinggalkan untuk mereka rasai air tangan ayah mereka.
Sayangnya, bila malam aku balik dari ziarah rumah mertuaku, rutinku setiap hujung minggu, kuantiti bihun tidak berkurangan. Agaknya, bila anak-anaku baca sms aku, selera mereka seolah-olah tidak datang.
7 ulasan:
wah dah pencen,,,
agaknya dorang sibuk kot...
Mungkin mereka sibuk dan dah kenyang...
sedih kalau dah masak orang tak makan kan....takpa Im boleh ulang makan petang.....
Uncle yang masak bihun tu, tapi saya pulak yang terasa sedih melampau-lampau. Adui...
Jgn sedih tuan. Saya pun adakalanya memasak tapi tak de org nk makan. Saya simpan dalam peti sejuk dan panaskan esok harinya
agak memakan masa juga nk suaikan diri..
husnuzon.....mungkin mrk sibuk kot.
Awat tak hantaq kat rsm
Catat Ulasan