Selasa, 12 Ogos 2014

Surat

Ada satu surat tiba-tiba diunjukkan kepada aku oleh Akhmal sebaik saja memakir kereta depan rumah.

Surat dari ADK memaklumkan bahawa Akhmal gagal mematuhi arahan melapor diri ke pejabat ADK sejak 2012 dulu.

Aku garu kepala yang tak gatal. Bak kata Tuan Sadiq Segaraga.... bala apa pula nak datang nih!

"Akhmal tak mau pi. Tak pasal-pasal pulak nanti masuk dalam.."

"Kamu nak lari mana. Kalau tak pi nanti mungkin lagi tak elok jadinya," ujar ku sambil berlalu. Dengan Akhmal ni bukan boleh cakap terjal-terjal. Nanti anginnya naik seluruh badan akan tak elok suasana yang akan berlaku. Lagipun, hal-hal kritikal seperti ini boleh boleh sangat didengari oleh ibu_suri. Makin kusut nanti jadinya.

Sambil menyediakan juadah berbuka di dapur, aku berfikir nak buat macam mana. Depan ibu_suri, aku tak boleh tunjuk muka tak ceria. 

"Buka puasa dengan apa?" 

"Nasi Ayam Madu Tiga ( ibu_suri tak perasan agaknya...). Char Koey Teow pun ada. Beli kat Ayam Ory tadi," jawapku terus ke dapur menyusun juadah.


Aku memang suka makan secara hidang yang teratur, gitu. Bila semuanya lengkap di meja baru bersila untuk makan.

"Best...best..." sambil ibu_suri menegakkan kedua-dua ibu jarinya ke atas tanda orait. Sejuk juga hatiku melihatkan begitu.

Mungkin aku terpaksa suruh Angah pergi ke ADK esok jam 3 petang. Sapa lagi yang boleh aku harapkan. Aku tak dapat pergi sebab susah nak ambil cuti. Tarikh perberhentian kerja cuma tinggal 10 hari. Tak mahu menggangu proses itu.

Aku cuma menyediakan dokumen apa yang patut untuk menyokong alasan kenapa Akhmal tak dapat melaporkan diri pada tempoh itu. Ntahlah... Kalau ADK terima, selamatlah dia. Kalau tidak... makan tidur dan berak percuma lagilah dia!

7 ulasan:

Bunda_nora berkata...

Kesian IM, tak per IM sabar jer...pelan2 cakap dengan Akhmal..InsyaAllah dia pergilah tu...asalkan ibu_suri tak dibagitahu dulu hal2 macam ni...nanti risau pulak dia...IM lagi susah...

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik bukan namanya nasi ayam tiga madu. Hehehee...

mokja berkata...

Semoga IM dipermudahkan urusan.

hrusli61 berkata...

Semoga IM tabah dan dipermudahkan segala urusan yang mendatang.

Mari teruskan doa.

faizah berkata...

Sy suka membaca cara IM melayan ibu_suri. Dan menangani masalah Akhmal. Alhamdulillah.. anak2 IM yang dua lagi tu boleh diharap unt membantu..

JR berkata...

Semoga Allah permudahkan urusan Akhmal. Dan semoga IM terus tabah menghadapi segalanya...

shaliza berkata...

Semoga dipermudahkan urusan IM.