Halaman

Isnin, 22 September 2014

Telekong



Sebelum ini susah juga nak pastikan ibu_suri tetap tunaikan solat sekalipun ketika jalan-jalan. Dia selalu mengqada'kannya di rumah.

Siang tadi aku selongkar almari pakaiannya dan terjumpa telekong yang masih baru tergantung. Jawap ibu_suri itu telekong hadiah orang balik dari Mekah. Tak pakai sebab tidak ada kain.

"Kenapa tak guna aje kain batik? Tak semestinya telekong putih mesti guna kain putih untuk tutup bahagian kaki."

Maghrib dan Isya' tadi kami singgah di Masjid Tuanku Abdul Rahman, Sungai Limau, Kulim. Aku parkir kereta mengikut lurus masjid menghadap Kiblat. Terus ibu_suri yang masih  ada wudhuk menunaikan solat secara duduk di dalam kereta menggunakan telekong dan kain batik yang aku khaskan untuk kereta. Kan senang!

6 ulasan:

Kakcik Nur berkata...

Sekarang kakcik lebih selesa mengenakan jubah dan berstokin serta bertudung lengkap untuk menunaikan solat sekiranya ke mana-mana. Kakcik juga memang ada telekung yang diletakkan dalam kereta... :)

faizah berkata...

Alhamdulillah...:)

❤Kamsiah❤ berkata...

agama tak menyusahkan kita....hanya sebahagian dari kita yg buat macam2 alasan yg menyusahkan..

sud@is berkata...

Setuju dengan Pn Kamsiah....

ANIM berkata...

saya sendiri masih mengajar dan memaksa diri untuk berpakaian yang boleh terus bersolat...
supaya tiada alasan untuk saya menangguhkan solat...
yang penting IM..langkah pertama itu nanti akan menjadi langkah-langkah seterusnya. mudah2an...amin

insan marhaen berkata...

kakcik,
sebenarnya bukan sangat masaalah peralatan solat tetapi sikap.

jika kita dah ada sikap mahu solat on time, apa keadaan sekalipun kita tetap akan akan buat.

faizah,
jzkk.

kamsiah,
IM rasa syukur menjadi lelaki kerana lelaki mudah mengerjakan solat.

sud@is,
usahkan ibu_suri, IM pun kekadang tewas juga dengan nafsu 'malas' dalam bab solat ni.

anim,
IM pun kalau boleh mahu ibu_suri berpakaian sediasolat. tapi keadaan fizikalnya yang obes dan mentalnya yang separa normal buatkan IM terpaksa memikir cara paling ringan asal saja ibu_suri boleh solat dalam waktunya.