Selasa, 31 Mac 2015

Sebak

Sebenarnya aku cuba untuk malas menulis kisah yang tidak menyenangkan di blog ini. Namun hakikatnya kisah begitulah yang  menjadi selalu menjadi viral dan berasa perlu dicatat sebagai diari dan biografiku.

Semalam Akhmal hadir mahkamah ekoran kes dia di sini. Aku dah semacam cuak untuk masuk mahkamah hampir saban tahun ini namun terpaksa demi anak. Majestrit menjatuhkan hukuman  penjara atau denda rm3k. 

Aku keluar dari kamar mahkamah II itu dengan hati penuh sebak. Denda sebanyak itu rasanya tak mampu aku layan dengan status aku yang tidak bekerja ini. Lagipun membayar denda untuk Akhmal dibebaskan belum tentu menjamin Akhmal akan sedar dan menjadi baik.

Aku mundar mandir sekitar laman, kantin dan foyer mahkamah. Befikir dan terus berfikir sementara talipon aku terus menerus berbunyi oleh panggilan Akhmal.

Hati besar dan hati kecil aku berperang sesama sendiri di benak. Kemudian aku menuju ke Masjid Sheikh Abdul Kadir yang tidak jauh untuk mengadu petunjuk dari Allah.

Akhirnya aku balik tanpa menoleh lagi dengan talipon yang tak jemu-jemu berbunyi itu aku perosok ke dalam laci dashboard. Sementara benak aku masih berkecamuk dengan perang sesama hati.

12 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga apa sahaja keputusan IM, ianya adalah keputusan yang terbaik buat semua dan tidak akan dikesali...

Bearcat berkata...

Moga inilah cara terbaik untuk mendidik Akhmal.

IM jaga diri ya.

shaliza berkata...

Semoga dia sedar dan ambil iktibar...La tahzan pakcik...Allah sentiasa ada:-)

Kamsiah yusoff berkata...

saya tahu IM telah ambil keputusan setyelah ditimbang tara dgn seadanya..

iryantyismail berkata...

arap Allah tunjukan jalan yang mudah bagi im....apa pun keputusan im ..semoga ada kebaikannya..

ANIM berkata...

apa pun keputusan yang IM ambil, semuanya adalah dari Allah...

Ibu n Abah berkata...

Semuga langkah yg IM ambil akan mendatangkan kebaikan buat Akmal. Semuga Akmal akan berubah dan menginsafi apa yg telah dia lakukan.
Semuga ALLAH membukakan pintu hatinya agar mengenang susah payah IM selama hari ni dan berubah kearah kebaikan.

Unknown berkata...

Salam IM .. Jiran saya berusaha utk menyedarkan anaknya (spt masalah IM) tidak menjamin anaknya .
Bila sabit kesalahan mereka memilih ..biar tinggal "didalam" . Memang sedih perasaan mereka sekeluarga . Akhir bulan lalu mereka berpindah blk ke Kelantan utk selamanya. Anaknya akan dibebaskan bulan Jun nanti. Baru2 ni mereka p utkberjumpa . Anaknya menjadi imam ..tapi maknya tak msk. Hanya suami dan anaknya saja yg jumpa. Semoga terus berkekalan. Saya doakan semoga IM tabah dan kuatkan semangat.

Nor Azimah Ali berkata...

Salam im....apapun yg berlaku...saya tau im kuat..dan Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita semua.

Nor Azimah Ali berkata...

Salam im....apapun yg berlaku...saya tau im kuat..dan Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita semua.

makchaq berkata...

Kesian kat Akhmal dan budak2 yg senasib macam dia..
Benda ni bila dah terjebak sangat2 la susah nak baik... bila keluaq akan ada la orang yang dok mai pujuk suruh ambik lagi... penjuai kecil2an la.. depa nak duit..
Kat putrajaya ni pun beratus2 kes.. yg sedih ramai anak2 melayu.... entah pasai apa anak2 kita ni cepat/senang sangat terpengaruh... yang dapat tengok.. kebanyakkannya mula dari rokok. Boleh kata 100% yang ditangkap semua isap rokok