Rabu, 29 April 2015

Persepsi


Foto kenangan: minum air kat pili awam di Balik
Pulau bersama kawan-kawan IKM

Re-union Ahad lalu, kami banyak bercerita tentang kesihatan masing-masing. Biasalah, bila berjumpa tatkala umur 30an, bercerita pasal berapa orang anak. Bila mencecah 40an, bercerita pasal pelajaran anak-anak. Sekarang ini, bertanya hal kesihatanlah pula bila rambut kami kebanyakannya dah putih.

Rentetan perbualan itu buatkan aku bersemangat semula untuk terus menjaga kesihatan diri. Ada antara kawan aku itu yang dah kena serang sakit jantung sebanyak 3 kali akibat salur darah tersumbat. Ada yang mula makan ubat kerana darah tinggi. Termasuklah aku yang dah 2 kali mengalami sakit batu karang.

Kemudian bila aku bercerita tentang keadaan isteri, mereka seperti tabik dengan apa yang telah dan sedang berlaku kepada aku. Ujar mereka, apa yang mereka alami rupanya tak sehebat yang aku alami. Mereka kagum dan salut. Aku senyum saja. Aku pun tak sangka sebenarnya perihal apa yang aku alami ini adalah sesuatu yang hebat di mata orang lain.

Namun apa yang aku beritahu mereka ialah ujian yang Allah berikan kepada kita itu sebenarnya bersesuaian dengan kempampuan kita.

Sebenarnya... jujur aku nak ceritakan. Keluarga ibu_suri menjangkakan ibu_suri akan berkahwin dengan orang lain. Orang lain itu orang sabah yang menumpang tinggl di rumah Tok Ba kepada ibu_suri. Mereka tidak menyangka bila satu hari ibu_suri menjemput aku ke majlis makan-makan keluarga.

Mulai hari itu ada adik beradik yang kurang senang dengan tindakan ibu_suri. Mereka cop aku orang PAS (masa itu kalau orang PAS ini adalah ekstrimis...). Aku buat biasa saja. Mereka tidak tahu sebenarnya aku bukanlah peminat politik. Aku lebih suka aktif dalam NGO.

Tapi begitulah persepsi masyarakat masa itu. jika sesaorang itu rajin sembahyang, rajin pi dengar kuliah agama, Santun dalam tingkah laku dan berbaju lengan panjang serta berketayap.... orang itu orang PAS. Orang PAS adalah ekstrim.

Namun... alhamdulillah... berkat sabar dan istiqamah... persepsi mereka terhadap aku bertukar kepada sebaliknya!

5 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Betullah IM. Dulu sepupu kakak menikah dgn org PAS betul memang org PAS hingga kini. Dulu persepsi lain tapi sekarang apa-apa makcik kakak bergantung harap dgn dia inilah. Majlis tahlil kenduri, yasin, kematian semua ini dialah yg uruskan.

iryantyismail berkata...

:-)) syhhh undi rahsia...hihihi

Nor Azimah Ali berkata...

saya pun tak minat politik demokrasi ni..sebab bukan politik sebegini yg diperjuangkan oleh Rasulullah.

AtieYusof berkata...

Alhamdulillah kan..berkat kesabaran membawa hikmah hari ini...bila reunion mmg byk perkara yg akan kita ceritakan.. termasuk bab menjaga kesihatan..tak kira tua muda..:)

Tarakeen berkata...

InsyaAllah, orang yang baik akan teserlah juga kebaikan akkhirnya. :)