Selasa, 7 Ogos 2012

Doktor Itu


"Awak suami dia?" tanya doktor sebaik aku menguak pintu bilik 102, Hospital Besar Pulau Pinang. Aku mengiyakan.

"Kenapa dia tak datang?" Soalan yang memang sudah aku jangka akan diaju.

"Ubat dia dah habis. Saya terlupa akan temujanji yang sepatutnya pada bulan 6 sudah. Jadi hari ini saya datang nak ambil perkripsi yang baru saja." Terasa berbelit lidah aku nak menyusun perkataan supaya nampak cantik di dengar oleh doktor wanita yang masih muda ini.

"Selama hari ini dia tak makan ubat sebab dah habis?" soal doktor sambil terus menulis sesuatu di atas kad rawatan ibu-suri tanpa sedikit pun memanggung muka merenung aku. Aku seperti hampir terperangkap dengan soalan itu.

"Dia masih makan ubat. Cuma saya terpaksa control ubat itu."

"Kenapa awak lalai dengan temujanji ini. Awak mahu isteri awak sakit balik macam dulu?" Tajamnya terjahan doktor itu bagai menikam jantungku.

"Saya tahu saya silap." Aku merendahkan diri.

"Faham saja tak cukup. Saya cuma menasihatkan awak sahaja. Sebagai suami awak bertanggungjawap sepenuhnya dalam menjaga isteri awak!" Sambil doktor mengoyak perkripsi yang sudah siap ditulis senarai ubat untuk tempoh 3 bulan sehingga September. Ubat dan dos yang sama.

"Temujanji akan datang jangan lupa bawa isteri awak!" tegas saja suara doktor itu. Sedikit pun tidak senyum namun disebabkan wajahnya memang manis tidaklah sangat ketara ke'seriusan'nya itu.

Di dalam hati, aku menggerutu sendirian menyesali akan kealpaanku dalam memastikan ubat psikiatri ibu_suri sentiasa ada secukupnya. Kisah hitam di masa-masa ibu_suri masih baru mengidap bipolar disoder seperti menyiat-nyiat sanubariku!

10 ulasan:

Granny Hani berkata...

IM,
Lupa tu perkara yg kita tak sengaja, nak buat macam mana. akak doakan yg terbaik buat ibu_Suri. Selamat berpuasa buat IM sekeluarga.

Bearcat berkata...

Untuk temujanji yang seterusnya IM kenalah set reminder siap-siap dalam hp supaya tak terlupa lagi :)

abu muaz berkata...

inilah yang sentiasa dipesan oleh Prof .Dr Muhaya pada doktor-doktor kita.

percakapan doktor itu bisa menambah sakit kita lagi,
maklumlah dia itu tuan atau puan doktor.

Ibu n Abah berkata...

Amboi.. Seriyusnya doktor tu..
Akak pernah tunggu suami di belakang tabir dlm klinik waktu suami melayan pesakit...
Lembut sungguh tutur katanya...
Alhamdulillah...
Setakat akak jumoa doktor2 waktu menerima rawatan.. Belum lg kena seriyus cenggitu....

Murni Alfathunnisa berkata...

serius & tegas bunyi nya. takpa la IM..fikir positif. doktor tu mahukan yang terbaik untuk ibu suri..

faizah berkata...

seolah IM tidak mengambil berat selama ini. hehe.. mungkin doktor tu penat kot sampai bercakap cam tu.

Mario berkata...

wah...sempat bro tengok dr tu manis ek...report kang...ekeke

Anonymous one berkata...

Semoga sabar dan tabah selalu IM. Sedih juga kalau dapat doc gitu..apapun IM dah buat yang terbaik dalam hidup IM untuk uruskan ibu suri.

insan marhaen berkata...

Hani,
Ni bukan tak sengaja tapi alpa.

bearcat,
memang pun. dah setkan dalam kalendar di handphone.

abu muaz,
tapi IM tak salahkan doktor itu. mungkin doktor itu kecewa dengan sikap alai balai IM nih!

ibu n abah,
secara keseluruhannya doktor kat klinik 102 tu ok. tapi maklumlah, handle pesakit mental ni... macam-macam ada!

murni,
insyaAllah, IM positif terhadap isu ini.

faizah,
bukan saja penat badan tapi penat fikiran dan perasaan. IM adalah pelanggannya yang ke 102.

Mario,
lelaki katakan..he..he..

NoorVictory berkata...

Huhuhu~

Doktor tuh xtau. Anyway, take it positively, IM! ;)

Selamat mnjalani ibadah puasa.. ;)