Esok aku akan kembali bekerja seperti biasa. Cadangnya tu, aku nak mula berpuasa 6. Dicampur kemudiannya dengan 5 hari bekerja minggu depan akan lengkaplah 6 hari. Mudah-mudahan Allah beri kekuatan untuk aku menyempurnakan usaha membina harta akhirat ini.
Sejak 2-3 hari ini mood ibu_suri bertukar. Dia akan berjaga melebihi 24 jam dan kemudian tidur pula boleh mencecah 12 jam. Seperti semalam dia bangun jam 9 pagi dan bersiap untuk balik kampung. Di kampung, meriah melayani kehadiran saudara mara yang lama tidak berjumpa. Rata-rata mereka mengatakan kepada aku bahawa ibu_suri tampak sihat. Aku tidak pula menafikan tetapi aku beritahu mereka bahawa aku lebih tahu sihat ibu_suri itu dari sudut yang mana.
 |
| Abah |
Balik semula ke Penang jam 2 pagi. Dia tidak tidur sebaliknya aku terus lelap dengan mimpi yang merepek-repek. Tengahari dia minta aku belikan daging untuk dibuat rendang. Selepas makan dan solat Zohor, dia baru terasa mengantuk dan tidur hingga sekarang. Aku jangka dia akan terus tidur hingga lewat pagi. Begitu pusingan karektornya yang terkini.
Di kampung semalam aku sempat berbincang dengan beberapa orang adik tentang masa depan mak dan rumah dimana kami dibesarkan ini. Semasa ada abah rumah ini sentiasa di selenggara dan kelihatan segar. Namun sejak abah sudah pergi mengadap Tuhan, jelas kelihatan rumah ini semakin kusam.
Benar juga kata orang, seorang abah boleh menjaga harta 10 ahli keluarganya. Tetapi 10 ahli keluarga itu belum tentu boleh menjaga harta abah yang seorang.