Walaupun aku tak berapa pasti sejauhmana tahap kecergasanku untuk hadiri kursus ISO 197025 di Hotel Vistana, Bukit Jambul, aku gagahi juga memandu. Tidak pernah jejak kaki ke hotel ini, buat aku agak canggung.
Kelas juga hotel ini. Bilik kursus aku ialah Room 2. Sampai saja, belum mula kursus, trainer - Ms Channal dah ajak kami makan pagi. Ahh... macam mana nak diet kalau begini? Makanan semuanya meransang nafsu. Manis-manis belaka.
Kursus mula 9 pagi. 10.30, tea break. 12.45 makan tengahari. Kepah, ayam goreng, sateh, sotong.... aku ambil bau saja. Petang, 3.30 tea break lagi. Sandwich cheese, cake aku jamah serba satu tak berani tambah.
Kursus ISO ini terlalu banyak terma-terma yang berbelit-belit. Hendaknya dalam Bahasa Inggeris pula. Sesekali seperti kelabu penglihatanku. Menguap ntah berapa kali. Nasib baik juga Ms Channal pandai buat lawak walaupun sesekali nampak macam lawak 'bodoh'. Aku beberapa kali terkena. Ini semua gara-gara bila sesi berkenalan, aku sebut akan hobiku - menulis dan dengar lagu.
"Wahh.. You are creative person..."
Satu perkara yang aku belajar dan boleh digunakan bila ada program perkhemahan atau bengkel ialah Blow blowing game ( lebih kurang gitulah namanya kot!). Ini adalah satu cara untuk memecahkan kumpulan yang ada supaya menjadi kumpulan baru yang lebih adil dan tidak berpuak.
Esok ada satu hari lagi kursus. Kali ini ianya lebih tough sebab khabarnya akan ada banyak nombor berbanding huruf. Calculation lah tu.... Huuuu.....