Semalam aku hadiri Majlis Hari Raya anjuran IKRAM Negeri Pulau Pinang di Taman Kelasah, Seberang Jaya. Aku bawa bersama ibu_suri yang merupakan kali pertama penampilannya di khalayak sahabat-sahabat sejamaahnya dulu.
Agak lama juga ibu_suri duduk dan makan di meja barulah ada beberapa orang sahabatnya datang menyapa. Mereka seperti teragak-agak hendak bertanya khabar. Mungkin kerana mereka masih menyangka ibu_suri akan bertindak agresif jika tersilap sapa sepertimana ketika dia baru keluar dari hospital dulu. Dimasa itu dia pernah ‘meyerang’ beberapa guru tadika tempat dia mengajar kerana tidak sebulu. Dan lagi, bahasa yang ibu_suri gunakan ketika berbual kekadang kurang enak di dengar walaupun sebenarnya ibu_suri bukan berniat begitu.
Berita itulah yang mungkin tersebar dan akhirnya membuatkan ramai yang tidak berani menziarahnya di rumah. Akhirnya, tinggallah ibu_suri sepi tanpa ziarah dari kawan-kawan hingga dia pernah berkata bahawa dia telah dilupakan.
Antara yang datang dimajlis ini adalah ustaz Shuib dan pelajar-pelajar USM Trans Krian. Aku tunjukkan kepada ibu_suri akan seorang anak ‘down sindrom’ yang tidak duduk diam; berjalan merata-rata sambil di kawal ibunya.
“I kenal tu. Itu anak si XXX. Masa I masuk hospital di Bagan Specialist dulu, maknya ada datang tengok I.” Terang ibu_suri.
Ibubapa kepada anak istimewa itu bukan sembarangan. Anak orang bijak dan berjawatan namun ujian dari Tuhan tidak mengenal taraf. Lagi hebat jawatan atau keilmuan sesaorang itu lagi besar dugaan yang akan diterimanya.
Yalah...Syurga itu mahal harganya. Ia bukan mudah dimasukki seperti memasuki pawagam dengan hanya membeli tiket yang harganya cuma beberapa ringgit!