Khamis, 19 September 2019

Sehelai Priskripsi...

Beberapa hari ini aku memang benar-benar rasa tertekan. Terasa ketat dengan tanggungjawap menjaga kebajikan ibu_suri disamping sikap Akhmal yang terlalu suka membawa kawan ke dalam bilik malah makan tidur pula beberapa hari. Terasa privasi aku diganggu.

Hampir terlupa yang aku perlu re-stock ubat ibu_suri. Malasnya aku nak ulang farmasi hospital sejak 2008. Ni pun nasib ada sistem SPUB yang membolehkan aku ambil ubat psikiatrik dari Hospital BM sahaja. Kalau tak... jenuh!



Lihatlah sendiri berapa banyaknya ubat yang diperuntukkan untuk ibu_suri setiap bulan. Aku yang selalu menyediakan ubatnya setiap 2 kali sehari ( pagi dan malam ) pun rasa jelak apatah lagi ibu_suri yang memakannya. Tapi nasib baik ibu_suri hanya sesekali sahaja bersungut sebab kena makan ubat terlalu banyak sejak lebih 10 tahun.

Apa nak aku katakan bila dia bertanya... bilakah dia boleh berhenti dari memakan ini semua.

Sekejap lagi aku kena ke ambil stok baru ubat ibu_suri. Selalunya parkir amat susah nak cari yang kosong, Kenar letak kereta jauh di tepi jalan. Aku anggap berjalan kaki dari kereta ke farmasi sebagai satu senaman.

Kekadang bila terlupa baw beg plastik untuk bubuh ubat-ubataan, aku terpaksa bubuk dalam poket sluar kiri dan kanan hingga kembong.

Begitulah aku...