Sebenarnya, keputusan dari Screening Test beberapa hari lalu mengesankan aku. Sejak hari itu emosi aku sikit terganggu. Terasa seperti hari-hari terakhirku semakain dekat.
Aku ceritakan kepada Angah tentang itu. Aku pesan kepadanya;
"Kalau ditakdirkan ayah tiada nanti, jagalah ibu dan Akhmal baik-baik." Angah cuma tersengih. Masih mentah lagi dia dalam memahami perasaan seorang tua seperti aku, fikirku.
Satu yang bagusnya kesan dari keputusan yang aku terima itu ialah mudah untuk aku tidak lagi mengambil minuman berpeket atau dari mesin dipenser seperti lazimnya setiap hari. Aku lebih banyak minum air kosong atau paling tidak teh o kurang gula atau teh o berperisa stevia. Makan pula ala kadar. Dulu, kawalan makan seperti ini bagai susah sangat untuk aku amalkan. Keputusan doktor itu seperti satu daya tolak yang memudahkan aku mengamalkannya. Sesekali fikir... pelik juga manusia ini. Terlalu dipengaruhi oleh emosi dan hati sebenarnya...
Aku jangka jika berterusan begini, aku akan mengalami sustan saiz badan dan sekaligus penurunan berat. Aku harap sasaran aku untuk mencapai berat sekitar 65 kg akan berhasil. Itu adalah berat yang diberitahu oleh doktor satu masa dulu semasa program Hari Kesihatan di tempat kerjaku. Berat yang ideal bagi seseorang yang berumur dan setinggi aku hari ini.
Apapun, aku harap keresahan aku bertolak dari hipotisis kesihatanku itu akan berlalu. Resah hanya akan menambah tekanan di dada. Bila aku tertekan, otot-otot di dada dan lenganku akan tersa sakit seperti di cucuk-cucuk.
Apa yang penting sekarang ialah aku mesti memanafaatkan sisa hidup yang masih ada dengan sekualiti dan sebaiknya. Hidup hanya sekali dan hari ini adalah masa yang terbaik untuk menikmatinya!
Foto hiasan: ibu_suri (berdiri kanan) ketika program lawatan
hospital semasa dia menjadi ko-kaunselor UKnI - 1990an