Jumaat, 23 Oktober 2020

Inilah Aku

Hari ini terasa tidak bermaya. Berjalan pun seakan mahu terkendon lebih lebih lagi bila nak melangkah longkang. Adakah sebenarnya faktor umur yang mencecah 6 siri ini atau sebenarnya kesihatan aku tidak bagus tetapi aku tidak tahu.

Selain terepaksa menjaga kebajikaan ibu_suri, aku juga  saban masa     memikirkan pasal Akhmal yang  belmu lagi aku lawati semejna kida ditahan di penjara reman, pulau pinang Aku dapat tahu bahawa dia telah dipindahkan ke sel baru setelah dilaporkan mengamuk. Dia marahkan aku agaknya.

Keadaan fizikal Angah juga merimaskan aku. Dia mengalami masaalah yang lebih kurang sama macam ibu_suri agaknya - Sleep Apnea. Aku suruh dia ke klinik berdekatan untuk check-up tapi dia ambil mudah. Biasalah kan, masih muda. Seperti ibu_suri dulu, doktor sarankan jaga tahap gula dalam darah yang sudah mula mencecah border line tapi ibu_suri tak ambil kisah.

Angah juga mengalami masaalah kerja yang membebankan. Lori Mixer milik dia itu selalu sangat rosak menyebabkan dia tak dapat kerja dan selalu ulang alik ke bengkel. Tunggakan yuran anak-anaknya di Tadika dan Sekolah semakin bertapuk.

Aku melihat ini dengan semak di kepala.

Impian aku untuk menjalani masa tua yang aman dan hepi tinggal impian. Kekadang cemburu melihat kawan yang bila di rumah ada istri melayan makan minum dan pakai. Boleh tidur bila masa dia suka atau keluar mengeteh dengan kawan-kawan bila suka. 

Tapi tidak aku.

Sekarang jam dah 6 lebih. Masa untuk balik ke rumah. Esok cuti 2 hari.


Seperti biasa, aku akan singgah ngopi di warkop sebelum melangkah masuk ke rumah yang tentunya akan berhadapan dengan rutin yang sama sejak bertahun-tahun lamanya.

Maafkan aku kalau tulisan aku ini sejak dahulu pun asyik penuh dengan keluh kesah dan seribu masaalah. Inilah aku...




Khamis, 1 Oktober 2020

Tea Live

 'Tok ayah, nak minum tu, boleh tak?'


'Mahal kot ni, kakak.'


'Alaaa... sekali je!' sambil mengarah jari telunjuk ke langit.


'Tok ayah mana reti shopping kat sini.'


Namun kaki melangkah juga sambil mengimbas kod QR MySejahtera.


'Berapa ringgit yang ini?' 


Soalku pada pekerja sambil menunjuk ke arah salah satu menu yang terpapar.


'RM10'


Mak aiii... getus hatiku.


Kalau warkop tepi masjid kubang semang, boleh ngopi 5 gelas nih!


Alahai cucu pengarang jantung opah_suri ni!