Walaupun terasa jemu mengulang Akhmal di wad 7 itu saban 2 kali sehari; ditambah dengan kerenah dia yang dah mula rasa bosan asyik berbaring tanpa aktif macam ketika dia sihat, aku tidak ada pilihan lain melainkan sabar. Balik pula, aku perlu pastikan paling tidak bawa ibu_suri jalan-jalan walaupun dalam hujan teramat lebat seperti malam tadi.
Mengulang itu tak mengapa juga. Namun menjaga emosi mereka berdua ini yang memenatkan. Contohnya semalam apabila misi (India) datang untuk menyuntik ubat ke tangan Akhmal. Misi itu mungkin sedikit 'keras' berbanding misi lain yang agak lembut memegang tangan dan menancap/mengeluarkan jarum picagari. Mulut misi India itu pula terlebih ramah yang hanya menambah bunga-bunga api 'pertikaman' lidah sesama mereka. Berbagai perkataan yang tidak enak di dengar keluar dari mulut Akhmal. Berada di tengah-tengah situasi itu buat aku amat tertekan. Dan Akhmal mendesak aku untuk discahrge. Walaupun aku akan jawapan doktor nanti tapi aku cuba juga;
"Tak boleh. Walaupun tempat operationnya dah tak ada masaalah tapi dia demam sekarang. Saya tak boleh lepaskan dia selagi saya pastikan demamnya itu baik."
Maka aku terpaksa tahan telinga bila maklumbalas itu aku sampaikan ke telinga Akhmal.
Semasa memandu (yang sengaja aku ambil jalan jauh dan singgah minum dulu di kopitiam tepi Masjid Kubang Semang), aku terfikir bahawa mungkin inilah bezanya penjagaan seorang ibu berbanding bapa. Ibu dalam menjaga kerenah anaknya tak pernah merungut akan kesusahan tetapi sebaliknya aku..... merungut berkajang-kajang di dalam blog ini...he..he..



