Rabu, 30 November 2022

Bukan Rezeki

Parkir kereta di tepi bangunan bank. Malas nak masuk ke lot parkir sebab agak jauh. Aku dah tak kuat nak berjalan lama.

Tak lama pun. Keluar semula dari bank, pergi ke mesin atm. Cucuk kad, check baki, ada la RM90. Keluarkan RM50 untuk belanja makan hari ini. Kembali ke kereta. 

Aikk...



Buta je aku kena saman pagi ni. dah la duit dalam poket ada banyak tu je untuk belanja sementara nak dapat gaji.

aku pun heran juga kenapa la aku tak parkir di lot parking sedangkan aku memang dah ada akaun bayaran parkir mbsp. aduii...

Memang bukan rezeki aku le RM50 ni. Macam manalah nak isi perut ni!

Rabu, 9 November 2022

Parah

Ya...parah dah aku ni. Hinggakan nak makan pun terkial kial korek poket mencari ringgit membeli makanan.

Ditakdirkan Tuhan bulan ini aku masih belum dapat gaji Walaupun dah nak masuk ke 10hb.

Bos kata, syarikat kekeringan simpanan untuk bayar gaji pekerja.

Tak tahu esok nak makan apa. Nak minta bantuan dari anak anak dah naik segan. Aku tahu, mereka pun ada komitmen sendiri.

Pasrah sahaja kepada Tuhan. Rupanya aku ini nampak sahaja ada kereta, ada rumah besar tapi poket hanya ada habuk. Tahap miskin bandar dah ni.

Tiada pilihan lah nampaknya melainkan jual sedikit dari cd cd aku untuk menyambung hidup. Itupun kalau masih ada orang nak membeli.

Tak mengapalah. Aku pun dan semakin kehilangan ghairah dalam nak menjadi kolektor. Mungkin sampai masanya aku tukarkan cd aku kepada wang yangmana darinya aku dapat menyambung hidup.

CD aku ini pun jika aku mati nanti, anak anak aku mungkintidak tahu bagaimana memghargainya. Silap haribulan mereka buang saja ke tong sampah tepi jalan. Macam aku juga dulu, tak menghargai hobi abah aku membeli piring hitam batu; aku buang belakang rumah. Bising abah aku bila dia tahu.

Biarlah aku dan blogku sahaja yang tahu sepi ini...