Isnin, 26 September 2022

Kesian AKU...

Di rumah, bila hari cuti kerja, aku cuma makan, tengok tv, telusuri facebook atau tidur. Suatu aktiviti yang tidak menyihatkan rasanya. Anggota badan aku berasa 'lembik' terutama lutut.

Tak macam semasa masih ada ibu_suri, aku sentiasa ada kerja yang kena buat. Pagi pagi tentu saja urus lampin ibu_suri, bagi mandi, basuh dan sidai pakaian serta buatkan makanan dia. Sekarang semua itu tidak ada lagi. Aku ada terlalu banyak masa kosong.

Tiba tiba semalam aku teringat;

Why not aku kembali menulis? Suatu bidang yang amat aku minati semasa masih belajar di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh dulu.

Bermula dari tingkatan 4 bilamana abah aku belikan mesin taip kerana lulus cemerlang dalam SRP, penulisan adalah sesuatu yang amat aku minati. Zaman aku rajin membeli dan membaca majallah Bujal, Utusan Pelajar, Dewan Masyarakat, Geli Hati dan beberapa majallah lain. Bukan sahaja karya-karya bilis aku pernah terbit di majallah tersebut malah pernah tersiar dalam radio Ipoh hingga heboh kawan-kawan abah aku mengatakan aku dah masuk radio. Sengeh aje abah aku bila dia bercerita hal itu kepada aku. Bangga betul nampaknya dia walhal bukannya apa sangat.

Aku pun dah lama tak membaca. Habis kuat dulu pun membeli dan membaca Harakah 2X seminggu. Bila akhbar fizikal dah mula luput ditelan digital, lansung dah tak membaca.. Ditambahan pula sekarang aku dah di tahap terpaksa memakai cermin mata... lagi la malas. Penat pupil mata aku mengembang dan menguncup bilamana menatap biji biji huruf yang semakin samar dengan agak lama.

Tadi aku minta semula laptop yang aku beri pada Angah dulu untuk kegunaan cucuku belajar semasa pendemik. Aku harap aku dapat mengasah semula bakat menulis aku kembali seperti dahulu demi mengisi masa terluang. Setidak-tidaknya, ada kerja yang aku buat daripada membuntang sepanjang hari. 

Kesian AKU......!!

Selasa, 20 September 2022

Gigi Palsu? Oh Tidakkk....

Masa hayat ibu-suri masih ada dulu, dialah yang kerap memerlukan ubat sembelit ini namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku pula yang mahu tidak mahu terpaksa menelan 2 biji sekali bila perut rasa tak selesa kerana hampir seminggu tak buang air besar.

Dari pembacaan aku, ada 2 jenis keadaan buang air besar ini. Satu, yang membuang setiap hari dan kedua yang membuang beberapa hari sekali. Aku tergolong yang kedua itu lah.

Tapi akhir akhir ini aku perlu bergantung dengan ubat sembelit ini untuk clearkan usus besar aku.

Aku memang jenis lama di bilik air. Dulu bising ibu-suri bila lihat aku lama tak keluar keluar dari bilik air.

"You tidoq kat dalam ka?"

Ini mungkin sebab cara pemakanan aku yang tak hadam akibat gigi yang semakin bantak tertanggal dari gusi.

Aku sedang berkira kira untuk berjumpa dengan doktor gigi. Gusi aku semakin banyak yang ditolak keluar oleh gusi. Setakat ini dah 6 batang gigi aku tertanggal.

Mungkin sampai masa aku memakai gigi palsu.

Oh tidak!...


Jumaat, 9 September 2022

Hargai Masa Yang Masih Ada...

Ini hari Jumaat. Ingat, esok pagi nak balik kampung Ipoh, jenguk mak. Santai santai saja driving, esok. Tak mahu gelut gelut. Bila dah berumur ni seperti tidak ada apa lagi yang nak dikejar. Tanggungjawap keluarga pun hampir 0%. Dulu mengeluh bila merasakan tekanan kerana terpaksa memikul beban. Sekarang, rasa macam kosong pula dunia. Banyak songeh la aku ni!

Tumpang mak masih ada, adalah juga tujuan aku nak balik kampung. Kiranya mak sudah tiada lagi, jangan jangan nak balik kampung pun seperti tiada makna. Kawan kawan sepermainan dulu landung tak nampak muka. Macam akulah agaknya mereka itu. Merantau samada di dunia fana yang lain atau telah kembali ke dunia yang abadi.

Yalah, apa lagi yang boleh diharap, boleh diminta atau boleh dirasai. Cukuplah sekadar apa yang ada di mata. Hargai ia.

Selelebihnya, bersedialah dengan bekalan menanti hari kematian yang tidak tahu bila!

Khamis, 8 September 2022

Tak Sihat

Dah seminggu lebih aku tidak ke tempat kerja sebab demam, sakit kepala, selsema dan macam macam. Aku banyak baring di katil. Makan apa yang ada di dapur. Tak mahu susahkan anak anak untuk membeli makanan aku.

Bila tak boleh dah nak tidur, aku banyak dengar kaset sahaja. Kalau kaset ini mestilah lagu-lagu lama zaman sebelum adanya cd.

Nak tengok tv pun takda cerita yang best sesuai dengan citarasa kau yang dah tuan tagun ini.

Nak pergi klinik punyalah malas. Jadi aku telah panadol sahajalah. Tu pun tak berani banyak banyak.

okla. Stop kat sini je. Tak boleh nak tulis lagi. Rasa nak pergi tandas sekejap. Hidung dah meleleh....


Isnin, 22 Ogos 2022

Semuanya Sepi!

Lama dah aku tak kemaskini blog rupanya. Susah juga bila tidak ada pc sendiri dan mengharapkan pc pejabat. Nasib baik bos pun ok.

Boring juga bila sekarang ini tinggal seorang sahaja di rumah. Istri dah tiada, anak anak pula dah ada kehidupan sendiri.

Aku pula dah tak aktif lagi di luar samada dengan NGO atau kawan kawan lain. Lebih suka memerap di rmah. Adik beradik belah istri juga dah tidak ada apa apa aktiviti keluarga. Semua mereka kini menyepi.

Semalam aku terbaca di media sosial bahawa alangkah ruginya hidup ini, lebih lebih lagi bila dah tak sibuk dengan urusan keluarga, tidak pula diisi dengan hal hal yang memberi manafaat pada orang lain. Aku tahu lama dah tu tapi tidak ada apa apa tindakan yang aku ambil untuk merebut peluang berbuat baik ini. Aku semacam hilang punca.

Aku teringat nak beli kasut getah baharu (yang lama Akhmal dah ambil dan biasalah...anak anak...) Aku nak mulakan riadah diri bila sahaja cuti dari kerja. Di umur begini riadah jalan kaki sahajalah. Itupun entah berapa jauh aku boleh pergi, tak tahulah. Cepat penat sekarang ini.

Tempat riadah dah tentu paling sesuai di Mengkuang Dam. Jejaknya datar disamping pemandangan yang lapang, udara yang sejuk dan damai.



Rabun mata aku ni rasanya semakin ketara. Aku cuba untuk mengelak dari memandu di waktu malam. Matapun cepat penat jika membaca dengan lama.

Pagi ini Isnin, 'morning blues' kata orang. Agak lewat aku ke pejabat. Tapi lagi lewat bos dan staf lain. Tak nampak lagi bayang mereka.

Itulah... semakin hambar hidup ini. Kekadang terfikir nak join tabligh je (macam adik aku sekarang pergi ke belah negara Afrika untuk gast/jaulah). Mengisi masa dengan membersihkan jiwa raga di sisi suasana yang membina iman dan akhlak.

Sejak PKP dan pascanya pun, kawan kawan NGO pun seperti dah tiada menghulur 'salam' kepadaku.

Semuanya sepi!