Sabtu, 19 Februari 2022

Kisahnya Seorang Duda Tua...

Masa kecil makan nasi berlauk megi. bila di asrama, hujung bulan elaun habis, makan megi 3 kali sehari. dah tua macam ni pun, bila tak boleh nak keluar ke kedai, santap megi juga.

Generasi Y mana pernah rasai semua ini. seperti aku jugalah, tak pernah rasa macam mana kena 'minum' air sabun di zaman penjajah dulu...


Apalah nasib.....!

Ahad, 6 Februari 2022

Budak Menangis?

Tu la.... Ingatkan menangis sebab apa. Rupanya tengah merajuk...


Adoila.... Abang tak reti pujuk dek.

Khamis, 3 Februari 2022

Catatan Hari Ini

Sebenarnya dah beberapa kali aku cuba untuk menaik taraf blog aku ni dengan rekabentuk agak baru. Format yang aku guna sekarang ini dah bertahun rasanya tidak diubah.

Tapi nampaknya kemudahan ubahsuai sudah tidak seperti dulu. Blogspot lebih utamakan layout mereka yang lebih standard.

Kalau dulu aku boleh sahaja tukar font, tukar warna latar belakang mahukan malah berbagai modifikasi. Sekarang ini terasa susah ditambah pula dengan otak aku yang dah tumpul. Letih kalau berfikir lama sangat di depan skrin. Mata pun nanti berair.

Nampaknya redo sahajalah dengan format yang aku ada sekarang.

Nanti nantilah. Bila ada mood dan tenaga baru, aku godek godek blogspot ni. Nak letak warna agar nampak baru dan ceria sikit.

Aku nak pergi KAMDAR sat lagi. Nak beli beberapa helai baju dan seluar. Dah lama tak membeli ni. Mungkin dengan baju dan seluar baru rasa ceria sedikit nak pi kerja atau balik kampung.

Ha'ah... sebut balik kampung ni, teringat pula cuti hujung minggu ni. Kenapa tidak balik jenguk mak?

Mak pun banyak ragamnya sekarang ini terutama pasal bumbung rumah. Dah tukar bumbung baru dengan teknologi baru, aleh aleh mak tak suka pulak. Dia suruh tukar ke design lama. Guna kayu.

Kesian adik adikku yang menjaga mak di kampung. Hadap sikap mak yang berubah-ubah.

Kalau dengan abah ni lain. Tapi main dengan mak.....adoi! Antara Syurga dan Neraka, bayangannya tu! 

Begitulah tingginya darjat seorang ibu di sisi Tuhan. Tempat pertama, kedua dan ketiga adalah ibu. Allah menghargai wanita sebenarnya terutama wanita yang solehah.

Dan aku selalu menasihati anak-anakku supaya menghargai ibu_suri dan menghargai istri mereka yang menjadi ibu kepada cucu-cucuku!


Rabu, 2 Februari 2022

Sendirian

Mengenang hidup yang tidak seindah dulu. yang meriah dengan program ilmu dan kemasyarakatan bersama kawan kawan.

Kini sepi. Meniti hari hari tua yang hambar. siang dan malam yang tiada seni di dalamnya. 


Persis secawan kopi ini yang O sahaja. tiada susu malah manis pun terpaksa dikurangkan.

takdirrr....😐


Lokasi:  Kedai Tok, Kubang Semang.

Masa: 10.21pm

Kompilasi Hidup

Nasyid era 90an dulu memang mantap semuanya. Termasuk juga kompilasinya. Aku rasa beruntung sebab masih ada kaset dan pemainnya untuk layan dengar selalu.


Kebetulan sejak ibu_suri sudah tiada, Akhmal pula selalunya tidak pulang ke rumah sebaliknya tidur di rumah bakal istrinya, aku bersaorangan di rumah. Boleh pasang lagu kuat kuat. Dah persis bapa aku dulu, suka pasang piring hitam kuat kuat.

Benar kata peribahasa: berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian.

Aku sedikit tenang dan damai sekarang.

Cumanya, mengharungi kehidupan bersendirian ini terasa sunyi pula. Makan minum sakit letih terpaksa aku pikul bersaorangan juga...