Khamis, 24 Mac 2022

Berilah Aku Kesempatan ini...

Semasa aku memandu ke tempat kerja tadi teringat pula memutarkan cd Aidul Mubarak oleh NadaMurni. Terimbau kenangan semasa anak anaku masih kecil dan istriku masih sihat untuk bergerak. Masa itu menyewa rumah di Kampung Jawa, Bayan Baru tak jauh dari tempat kerja.

                        

Break time kerja lebih kurang sama dengan time buka puasa. Aku akan balik ke rumah berbuka bersama keluarga. ibu_suri memasak ala kadar sahaja. Tidak dinafikan yang ibu_suri pandai memasak. Dia juga cepat dapat belajar dari resipi yang diperolehinya. Cumanya dia tidak terlalu rajin ke dapur...

Sebaliknya ibu_suri lebih suka menjahit. Semasa hampir Hari Raya, dia akan menerima banyak tempahan membuat baju raya hinggakan baju melayu aku dan anak-anak hanya siap last minute ( subuh Raya ). Bebel juga aku dibuatnya sebab ianya tidak bagus untuk kesihatan diri; menyekang mata semata mata nak siapkan tempahan. Bukan sangat sebab duit upah tapi sebab suka menjahit.

Ianya seperti mak aku dulu juga. Kebanyakan baju anak-anaknya seramai 8 orang itu dijahit sendiri. Dalam hal aini aku teringat kartun LAT satu masa dulu bila seluar si Mamat sama jenis kain dengan langsir rumahnya. Samalah dengan kami masa kecil dulu. Lebihan kain langsir rumah, mak buatkan seluar baju kami. Kadang-kadang kain poket baju tak sama dengan kiri dan kanan.

Aku amat berharap agar Ramadhan dan Syawal aku tahun ini aku dapat berbuat dengan lebih baik berbanding tahun tahun sebelum ini sebab aku sudah tiada ada tanggungjawap besar selain kepada diri sendiri sahaja.

Kalau dulu aku beralasan kerana keluarga aku tidak dapat nak membuat ibadah sepenuhnya di bulan mulia, maka kini sepatutnya tidak lagi.

Tuhan... Berilah kesempatan ini...


Selasa, 22 Mac 2022

Puasa

Tak lama lagi nak puasa. Tarikh bila yang tepat aku tak tahu. Memang dari dulu begitu. Yang selalu mengingatkan aku tentang tarikh sesuatu itu selalunya ibu_suri. Kini dia dah tiada, aku lalui sahaja hari-hari yang berlalu tanpa sasaran.

Sesekali fikir, puasa tanpa sesiapa di sisiku kali ini agak mudah (walaupun sunyi). Aku hanya urus diri aku sahaja. Rasanya berbuka puasa, beli sahaja di bazar Ramadhan (kalau rajin singgah dan bersesak); sekali dengan makan malam. Untuk sahur, aku pergi sahaja makan di kedai yang memang buka untuk sahur seperti kedai Kak Nah di simpang Kampung Tok Elong.

Kak Nah juga sudah kematian suami. Lama semasa ibu_suri masih ada lagi. Suaminya seorang yang gemar berbasikal dan aktiviti adventure dengan 4X4.

Lauk pauk di kedai Kak Nah tidaklah best sangat; tak juga tak best sangat. Mungkin sebab aku dah kerap sangat makan di sana.

Kedai Tok tepi masjid Kubang Semang aku tak pasti akan buka atau sebaliknya.

Sekarang ini aku kerap terjaga bila jam 3, 4 atau 5 pagi. Bila dah terjaga sukar nak pejam semula. Kalau terasa lapar, aku makan biskut atau megi sahaja. Ada juga aku beli bubur cup untuk spare bila lapar. Tak tahu apa lagi makanan segera yang boleh aku buat beli dan simpan bila bila diperlukan. Ada idea?

Pernah aku beli bubur mushroom. Tapi bila aku makan, tak best pula rasanya.

Aku harap aku akan dapat konsisten bertarawih di masjid. Dekat sahaja sebenarnya masjid dengan rumah aku. Kalau ikut zaman Khalifah Umar ( maaf kalau silap), kalau aku tak berjamaah di masjid, layak di bakar sahaja rumah aku ni.

Beberapa orang kawan menggalakkan aku kawin lain. Malah ada yang berkata: anta cakap ya sahaja. Yang lain semua kami uruskan.

Aku ketawa sahaja. Dalam kepala aku terbayang kalau berkahwin nanti, nak bagi makan apa istri baru aku. Aku tak tahu stail dia macam mana. Jangan jangan high demand. Aku ni dah la kerja pun bawah taraf B40. Takat layan tekak sendiri boleh la.

Namun aku tahu, aku tak boleh lah layan malas aku sahaja. Boleh cepat mati kalau otak dan otot tak bergerak cergas.

Aku pun dah lama tak ziarah pusara ibu_suri. Sekadar mendoakan dia dari jauh sahaja. Entahlah... Bekerja ini pun aku rasa takat 2~3 tahun sahaja lagi. Aku pun dah tak larat bergerak pantas. Atau malas nak berfikir deras. Juga dah tak kuat jiwa bila hadapi masaalah kerja.

Muga muga aku damai sahaja dalam meniti hari hari senja...



Isnin, 21 Mac 2022

Dunia Yang Sepi...

Lama tak mngisi blog ini dengan penulisan. Cuma sesekali singgah sebelum mula kerja di ofis. Rakan blog seangkatan aku juga dah lama menyepi.

Aku sayang blog aku ini. Di dalamnya ada banyak kenangan yang aku sendiri hampir lupa.

Muga blog ini akan kekal di alamaya dan menjadi rujukan bila aku rindu kepada masa laluku. Juga jika digerak hati adik beradik atau anakcucuku nanti, mereka membaca kisah pahit manis hidupku yang telah aku lalui bersama mereka.

Kini aku sendirian sahaja di rumah mahupun di dalam kehidupan. Kekadang bila hujung minggu, aku tak tahu nak berbuat apa.

Sibuk aku menjaga ibu_suri sudah dibawa pergi ke alam baqa'.

Sibukku menjaga anak anak dulu telah dibawa pergi oleh mereka ke alam dewasa mereka.

Rumah yang dulunya aku rasa kecil kini menjadi luas dan sunyi.

Gaji yang dulunya tak pernah cukup kini aku pun tak tahu nak berbelanja untuk apa.

Kereta aku yang dulunya dihantar servis ikut kilometer kerana kerapa ke sana kemari membawa ibu_suri berjalan jalan mencari kedamaian hati kini aku hantar servis ikut bulan sahaja kerana tidak lagi kerap bergerak.

Kawan pun semakin jauh. Adik beradik juga sorang demi sorang sudah tiada.

Dunia...semakin sepi dan kosong layaknya.

Nak balik kampung pun terasa bosan dan tak tahu nak buat apa selain lepak kedai mamak sorang diri...

Ahad, 6 Mac 2022

Seterika Baju

Menyeretika pakaian adalah sesuatu yang malas bagi aku. Namun kebanyakan pakaian aku memang jenis kena seterika.

Semasa hayat istri aku ada, akulah juga yang 'terpaksa' menyeretika tudung tudungnya.  kata dia, aku seterika tudung dia lebih cantik dari dia  sendiri seterika. elehh... akai le tu.

Dah lah jenis kain licin, saiz tudung pula tripple XL. Tapi aku teringat kata kata sahabatku; jika sesuatu itu kita lakukan dengan perasaan kasih  sayang walaupun cincai, hasilnya pasti memuaskan hati yang berkenaan.

Dah lama juga aku tidak menyeretika tudung istriku. Malah, pakaiannya pun dah lama aku tak basuhkan. 

Tersimpan dalam storan entah sampai kapan...



Jumaat, 4 Mac 2022

Install Pemain CD & Kaset ( 2in1 )

 heboh pekerja ni bila aku nak install pemain cd & kaset kat dashbord viva kenit aku.

- kenapa pakcik tak pasang Android? boleh tengok youtube terus.

aku sengeh je. 

- saya ni, kalau pemain piring hitam tu boleh pasang kat dalam kereta, pun saya nak pasang.

berkerut dahi mereka. tak paham le tu...




Khamis, 3 Mac 2022

Majlis AkadNikah Akhmal

28hb - Isnin baru ni, sempurnalah majlis akad nikah Akhmal dengan wanita pilihan hatinya sendiri - Fatin Nur Syafikah bt Kamaruzaman di pejabat agama Bukit Mertajam lebih kurang jam 10.30 pagi.

Dengan maskawin RM1,000.00 dan sebentuk cincin. Tiada hantaran, tiada majlis kenduri di pihak aku. Cuma majlis kecil di pihak perempuan.

Biras aku, Ismail Md Nor yang banyak membantu. Akong, Angah dan anak sulong biras aku yang ada bersama.

Aku rasa lega bila majlis akadnikah ini berlansung dengan baik.

Sekarang, Akhmal sudah ada keluarga sendiri. Dia sendiri berpesan kepada aku, usah diungkit kisah silamnya kepada siapa pun hatta kepada keluarga istrinya sendiri.

Aku pun akui hal itu. Biarlah ditutup buku lama kemas kemas. Buka sahaja buku baharu. Pandang terus kehadapan, usah toleh sejarah silam yang hitam.

Kini bilik tengah di rumahku yang sebelumnya adalah bilik Along dan Angah aku berikan kepada dia dan istri jika bermalam di rumah aku. Along yang sesekali sahaja balik akan menggunakan bilik Akhmal di sebelah dapur.

Rasanya, sempurna sudah tanggungjawap aku menjaga Akhmal. Dia pun nampaknya sudah menjadi seorang yang baik; tidak lagi nakal seperti dulu. Sudah bekerja walaupun gaji tak seberapa. Ada anak segera ( istri + kekasihnya dulu. )

Biarlah. Bagi aku kalau itu takdir hidupmu dan itubyang kamu pilih, ayah dorongkan sahaja agar prosesnya berjalan dengan cara yang baik.

Harap sahabat bloggerku semua, doakan yang baik baik buat Akhmal.

Aku bercadang, selesai urusan Akhmal dan sebelum datangnya Ramadhan, aku ingin berkembara barang sehari dua.

Mungkin menaiki keretapi ke KL dan lepak lepak di sana. Puluh tahun aku tak naik keretapi. Dan dah lama aku tak ke KL selepas era era reformasi dan berdemo di jalan Tuanku Abdul Rahman dulu...