( coretan ini aku salin dari fb untuk renungan kita bersama... )
Hari ini, 26 tahun dulu aku dok shutdown komputer di IRKHS Computer Lab, UIA Petaling Jaya. Tempat aku kerja sementara tunggu dapat kerja lain.
.
Zaman ini komputer masih baharu lagi. Zaman Altavista ungguli search engine. Yahoo baharu masuk untuk kacau daun. Google batang hidung tak nampak lagi.
.
Masa aku asyik shut down, terbongkok bongkok ada call masuk. Time tu aku antara orang yang ada handphone. Aku pakai NEC. Macam mana boleh pakai handphone?
.
Masa studi aku kerja kat cafetaria, berniaga t-shirt dan coney dog waktu malam. Saham terbitan awam pun main juga. Itu pasal ada handphone.
.
Aku ambil handphone. Tengok nombor rupanya dari rumah. Tengok jam dah sebelas lebih waktu tu.
.
Tak pernah lagi dapat call dari rumah waktu minit minit kecerderaan macam ni. Dada aku mula berdebar. Kencang.
.
Aku dapat rasa nafas aku tiba tiba jadi pendek.
.
Aku jawab “Hello.” Aku diam. Tunggu suara yang akan muncul dari sebelah sana.
.
“Hello Rizal. Kak An ni.” Suara kakak ipar aku berbunyi.
.
Dalam hati aku terdetik “ Haa sudah. Pasal apa Kak An call. Tak pernah dia call. Tak kan call malam-malam nak tanya aku dah makan ke belum. Mustahil.
.
“Ya Kak An pasal apa?” Aku dah tak sabar nak tahu apa berlaku. Macam ada yang tak kena.
.
“Tak tau nak cerita lagu mana. Ni pasai mak. Dalam dok elok elok sembang dengan bapa dia kata kata susah nak bernafas. Lepas tu dia rebah tak sedaq diri,” kata Kak An dalam Bahasa Kedah pekat.
.
Berderau darah waktu tu. Lutut tiba-tiba rasa lembut. Tangan aku terketar-ketar.
Aku terdiam. Mulut terkunci. Tak mampu nak keluarkan sepatah perkataan.
.
“Hello Rizal, dengaq dak?” Tanya Kak An mahukan kepastian.
.
“Ya Kak An. Dengaq dengaq. Saya boleh balik esok pagi ja. Bas tak dak time ni. Apa-apa Kak An update na,” Balas Aku dalam loghat Penang.
.
Lepas letak telefon aku mati kutu. Tak tahu nak buat apa. Aku bagitau kat kawan yang kerja dengan aku, nak balik jap ada emergency.
.
Masa aku nak bergerak keluar telefon aku bunyi lagi. Aku tengok nombor dari rumah.
.
“Ya Allah jangan hadirkan berita buruk untuk aku ya Allah,” pantas doa ini terlintas di kepala.
.
Aku tekan butang answer. Suara Kak An muncul lagi. “Rizal, Mak dah tak dak.”
.
Laju air mata aku gugur waktu tu. Hancur hati rasanya.
.
“Kak An, esok saya balik naik flight.” Kata aku dengar suara terketar ketar menahan tangis. Aku dapat suara Kak An menangis juga.
.
Aku terus balik ke bilik. Masuk ke dalam aku duduk atas katil. Aku hanya menangis. Kenangan dengan mak mula menjelma satu persatu. Seolah movie lama yang dimainkan semula.
.
Waktu itu tahun 90an. Lebuhraya PLUS pun baharu siap. Bas ke utara sedikit.
.
Kalau dari PJ nak ke KL kena naik bas mini turun Bangkok Bank. Lepas tu jalan kaki ke Hentian Pudu.
.
Aku tengok jam dah pukul 12 malam. Bas last bertolak jam 10 waktu tu. Confirm tak dapat balik malam tu juga.
.
Aku berbaring atas katil. Air mata masih laju. Ada masa aku teresak esak.
.
Pukul satu aku pergi bilik kawan. Dia masih belum tidur. Aku minta tolong hantar ke airport pukul 4:30 pagi esok. Aku bagitahu yang mak aku baharu meninggal tadi.
.
Dia pun terkunci mulut. Tak terbutir perkataan. Hanya angguk tanda setuju.
.
Aku balik semula ke bilik. Dalam tangisan aku masukkan baju sehelai dua dalam beg. Masa llipat baju tap tap air mata menitis. Aku tengok baju penuh dengan tompok tompok air.
.
Lepas tu aku baring semula. Tak dapat lelapkan mata. Aku tak dapat berhenti menangis. Sayu. Terasa kosong.
.
Aku rasa malam tulah malam paling panjang dalam hidup aku. Seolah jam lambat bergerak.
.
Dalam mengenang dan menangis tu aku tengok jam dah pukul 4 pagi. Aku Bangun pergi mandi. Solat. Lepas tu kejutkan kawan aku sekali masa jalan nak ke bilik air.
.
4:30 tepat kami keluar. Laju dia bawa motor. Hala ke Subang Airport.
.
Aku sendiri tak pernah jejak kaki ke airport. Naik kapal terbang pun tak pernah. Tak tahu cara macam mana nak beli tiket.
.
Masuk ke airport, aku cangak sana cangak sini. Cari kaunter nak beli tiket.
.
Aku nampak. Laju aku terpa ke kaunter. Kaunter belum buka. Aku pergi tanya dekat kaunter check in.
.
Aku kata aku ada emergency nak balik Penang. “Kat mana boleh saya beli tiket?”
.
“Kaunter buka jam 6” kata akak yang jaga kaunter check in.
.
Aku tunggu depan kaunter tiket.
.
Kaunter buka sahaja aku di depan sekali. Aku kata nak beli tiket ke Penang ada emergency.
.
Kakak jaga kaunter check sistem. Dia kata “maaf dik flight 7:15 dah penuh. Next flight jam 10”
.
Aku blur sebentar. Mana boleh pukul 10. Jenazah mandi jam 10.
.
“Maaf kak. Saya ada emergency. Mak saya meninggal. Saya nak balik tengok dia untuk kali yang terakhir. Berdiri pun tak apa kak” Deras air mata aku gugur semula.
.
Kak tu tengok aku. Ada kesayuan pada wajah dia. Nampak sangat aku tak pernah naik kapal terbang. Bukan naik bas boleh berdiri kalau seat dah penuh dan pegang handrail atas bumbung.
.
Dia kata “saya letak adik dalam standby. Kalau ada seat adik boleh naik. Adik tunggu kat sana dulu nanti kami buat announcement.”
.
Aku tunggu. Rasa lama juga.
.
Dalam dok ralit fikir pasal emak, tiba-tiba kakak tu panggil. Laju aku bangun. Pergi ke kaunter.
.
“Ada tiket ke kak?’ Pantas aku tanya.
.
“Ada satu kosong. Ambil yang ni ye?” Dia tanya untuk kepastian.
.
“Ya kak.”
.
“Adik tiket ni harga RM79.”
.
Aku angguk. Keluarkan dompet. Tengok dalam, Ya Allah ada RM24 saja dalam dompet. Kalau RM24 tu naik bas lepas.
.
Aku tak terfikir singgah mesin ATM ambil duit. Waktu tu kat airport tak ada mesin ATM.
“Maaf kak, saya hanya ada yang ni saja.” Kata aku sambil keluarkan duit aku.
.
Aku cuak. Dada lagi berdebar kuat. Aku rasakan seolah aku tak dapat tengok wajah mak untuk kali yang terakhir.
.
Berkecai hati rasanya. Seolah dua kali kecewa.
.
Kak tu ambil duit aku. Dia kata “cukup ni. Adik balik tengok mak adik. Kakak tambah yang baki tu. Jangan risau balik jer.” Kata kakak kaunter tu senyum kasihan kat aku.
.
“Ya Allah biar betul kak? Terima kasih terima kasih terima kasih”
.
“Ya adik baliklah. Jangan risau bab ni.”
.
Aku tak ingat berapa kali aku ucap terima kasih kat dia. Rasa macam… entahlah. Tak dapat nak gambarkan perasaan.
.
Aku naik pesawat. Aku ikut orang saja. Rasa kekok sangat. Maklumlah first time.
.
Tray letak makan pun aku tak tahu. Bila pramugari letak air dan kacang aku pegang gelas plastik atas meja tu takut bergerak. Takut gelongsor dan tumpah.
Aku tengok orang kat sebelah rileks. Tak pegang pun. Mungkin dia ingat aku mangkuk first time naik flight. Nak buat macam mana memang first time pun.
.
Dalam flight pun aku menangis. Tak dapat nak tahan. Walau aku cuba buat cool macam mana pun. Mata aku macam paip air yang terbuka.
.
Sampai airport Penang, Pak Menakan aku dah tunggu dengan motor. Laju dia bawa aku balik Bukit Jambul.
.
Kami terus ke surau. Jenazah mak ada kat situ. Sampai dekat, aku terus lompat turun.
.
Aku nampak bapa aku tunggu kat depan surau. Kami terus berpelukan. Dua beranak menangis teresak esak. Orang yang tengok pun menangis sama.
.
Lama kami berpelukan. Lepas bapa aku lepaskan pelukan, aku minta izin masuk tengok mak.
.
Aku tengok ada sekujur tubuh berbaring. Ditutup dengan kain batik lepas. Aku dekati. Kaki dan tangan aku terketar ketar waktu itu.
.
Aku singkapkan kain penutup. Aku tatap wajah kaku manusia yang paling berjasa pada aku. Wajah dia tenang. Seolah mengukir senyuman. Mungkin senyuman menyambut anak jauh yang pulang.
.
Aku sentuh tangan mak. Sejuk. Aku cium dahinya. Lama.
.
Hari ni genap 26 tahun pemergian insan istimewa ini. Pergi tak kembali. Pergi yang merubah perjalanan hidup aku ini.
.
Begitulah kehidupan. Tiada yang kekal. Yang dibawa cuma amalan sahaja.
.
Cuma saya terfikir kenapa kakak kaunter tolong bayar? Aku bukan kaki solat malam pun. Tapi solat sebelum keluarlah tu lah paling kusyuk pernah aku rasa.
.
Masa doa aku sebut “Ya Allah kalau solat dari hambaMu yang hina ini Engkau terima, mudahkan perjalanan ku ini.”
.
Mulai saat itu, kalut macam manapun, aku cuba solat dulu sebelum keluar.
.
Pada kakak MAS aku hanya mampu panjatkan dia kebaikan untuk dia dan keluarganya.
.
Untuk ibuku ... Al Fatihah...