Isnin, 8 Ogos 2022

Aku dan Sahabatku...

Angah ambil kereta aku hari Jumaat lepas. Nak repair katanya. 

Kereta aku memang ada bunyi kelekuk kelekak kat belakang terutama bila langga kubang jalan atau bonggol. Ada juga bunyi belah depan kiri bahagian enjin. Ingat, cuti Sabtu bila dapat gaji nanti nak hantar kedai Cina kat Penanti tu la, repair. Dah biasa kat kedai dia sejak aku ada Mitsubishi Lancer lagi.

Sehari suntuk dia ambil kereta aku untuk repair, malam baru dia balik. Dia tunuk bil kat aku?

Uih... RM4k. Diam aku tak terkata apa. Melihat kepada senarai panjang lebih satu muka A4, parts yang ditukar, aku jadi tertanya-tanya - kenapa perlu ditukar semua? Ni dah tahap overhaul...

Aku malas nak komen apa-apa. Benda dah berlaku. Bila dah tua tua ni, aku malas bising bising. Terima aje la hakikat.

Cuba kalau akulah yang hantar kat pomen dan kena tiba ribu-ribu RM, aku percaya dia mesti bersungut dan kata aku kena scam dengan bengkel tu. 

Kalau kedai Cina, kot la Cina tu nak kaut untung. Tapi ini kedai Melayu. Kaut untung juga?

Aku pandu kereta itu ke tempat kerja. Memang tak rasa beza sebelum dan selepas terbang RM4k.

Sebelum ke tempat kerja, Akhmal ada balik ke rumah. Dia minta RM50. Katanya nak ambil m/c. Malas nak kerjalah tu, bisik hatiku.

Ini pun satu, kalau dia sebut pinjam RM50 pun aku kena siap siap simpan perasaan redha dalam dada. Dah banyak kali dah sebut perkataan 'pinjam' ni.

Aku teringat nak balik ziarah mak pada Sabtu ini. Aku harap tidak adalah aral melintang walaupun kondisi kereta agak kurang baik seperti yang aku beritahu di atas.

Sekarang ini tinggal seorang sahaja sejak ibu_suri dah tiada. Sepatutnya aku tidak punya banyak masaalah untuk selalu balik jenguk mak. Mak aku pun dah uzur sangat.

Sementara mak masih ada pun. Nanti jika ditakdirkan mak dah tak ada, aku nak balik kampung pun mungkin dah tak ada keindahannya.

Tadi, sahabat baikku a.k.a jiran belakang rumah, Rusli Hashin datang berbual di ofis. Sama sama dah tak larat, cepat letih atas faktor umur. Bercerita hal kerja, hal anak-anak yang masih mem'beban'kan jiwa dan hal hal semasa.

Muga Allah rahmati sahabat ku ini...


7 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Major repair ni IM , sampai 4k tu...smoga IM dan sahabat tu sihat hendaknya

Mrs. A berkata...

Kalau dah sampai 4k sepatutnya kereta dah okay tu.
Kalau sama aje memang tak patut

Syazni Rahim berkata...

Moga dipermudah urusn menziarah emaknya nanti

Wak Lat berkata...

kete lama mmg kene maintain n repair je selalu.. huhuhu

mokja berkata...

Betul IM. Bila kereta lama,macam2 ragamnya. Dok teringat Kembara saya yg mengembara nun jauh kat KL. Apalah nasib dia.

insan marhaen berkata...

terima kasih atas komen. amat dihargai...

Khamsi Abdullah berkata...

Amin... moga yang baik2 juga untuk IM. Terima kasih kerana sudi singgah blog saya dan maaf lama tak bersiaran.