Semalam, ibu_suri beria-ia minta aku bawanya jalan-jalan walaupun jam baru 6 petang (selalunya lepas isya' baru keluar). Raut wajahnya amat serius.
Untuk mengelak dari dia minta aku lajak menengok bunga api (selalunya kat Bagan atau Pantai Bersih), aku memandu menghala ke Kepala Batas. Ingat nak singah di Masjid Abdullah Badawi tapi hujan renyai.
Sambil memandu sempat juga mendengar ucapan PM sempena menyambut 31 Ogos tengah malam nanti. Nak juga dengar apa isi ucapan beliau. Selalunya, ucapan seseorang PM di ketika seperti ini mengandungi nilai pemikiran yang bernas dan informatif.
Sempat ibu_suri bertanyakan aku tentang sikap manusia yang suka mengata di belakang. Tentunya dia merujuk kepada sesatu isu yang dia alami.
Jawap aku;
'Kita ni kekadang cakap tak serupa bikin. Kononnnya kita tak suka orang cakap belakang. Kalau nak, tegurlah secara berdepan.
Tapi bila kita tegur secara berdepan, kita di hentam cukup-cukup. Kemudian di masa lain, kita di perli pulak di hadapan kawan-kawan lain seolah seperti membalas dendam kerana teguran kita secara depan sebelum ini.
Memang susah nak mencari orang yang mendengar dengan hemat bila kita tegur kesilapannya. Memang susah nak cari orang lain yang akan mengakui kesilapannya sendiri.'
Kebetulan aku baru saja dapat cd Pak pandir. Aku putarkan untuk ibu_suri mendengar.
Namun seperti biasa; kesan angin ahmar yang diidapinya adakala buat ibu_suri lambat menangkap atau nak memahami apa yang di dengar. Terpaksa aku terangkan dengan ayat yang lain dengan sabar.
Bila adakalanya, 2 ke 3 kali terangkan pun masih tak faham, aku tamatkan dengan diam.
Nak tanya... Memang sebenarnya kita dah merdeka ke?
Nak tanya... Memang sebenarnya kita dah merdeka ke?