Semasa aku godek godek laptop, merayau-lihat cit cat box, terjumpa semula dengan widget cbox.
Aku pernah guna cbox ini lama dulu. Namun tabiat aku yang suka sangat tukar template sana sini, cbox aku pun merajuk dan hilang. Aku ganti dengan saybox yang rupa-rupanya mempunyai penampilan yang lebih baik.
Apa yang aku nak ceritakan ialah...
Hati aku yang tetiba digigit sayu bila terbaca komen adikku Haniza yang masih tersimpan. Kata-katanya tercatat pada 2009... kira-kira 5 tahun sebelum dia pergi menemui Ilahi.
Adikku yang seorang ini adalah antara adik yang menjadi tulang belakang dalam aktiviti kekeluargaan, Selalu senyum dan tegas yang melayakkannya menjadi pemimpin kemasyarakatan....
Mudah-mudahan Allah rahmati rohnya di alam barzakh...
Boleh baca catatan di : http://keluarga-amri.blogspot.my/2014/09/belasungkawa.html
klip video di : https://www.youtube.com/watch?v=_qxpdLt-7JM
4 ulasan:
Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman..Aamiin!
Assalamualaikum im..apa khabar
iryanti,
Alhamdulillah... sihat jer. Cuma terkadang jemu dan tertekan kerana 'terkurung' dengan tanggungjawap menjaga dan menguruskan kebajikan dan emosi ibu_suri dan Akhmal seorang diri...
Semoga rohnya damai di sisi Maha Pengasih...
Catat Ulasan