Jumaat, 28 Julai 2023

Bersara Penuh

Mulai hari ini aku akan menjadi pesara sepenuhnya.

Dah letih bekerja sejak umur 18 tahun. Bermula sebagai pelayan  di restoran mamak pekan Fair Park, Ipoh.

Kemudian menjadi ofis boy dan paling lama bekerja di kilang Hitachi Semiconductor sejak tahun 1982 hingga 2014. 

Ambil vss kerana mahu menjaga istriku yang menghidap sindrom bipolar disorder. Tak lama, kawan offer bekerja di syarikat beliau secara 'flexible hour' sehinggalah istriku meninggal dunia asbab Covid pada 2019.

Pun aku terus bekerja menyelia Kelas Cepat Membaca beliau sehinggalah aku ambil keputusan untuk bersara sepenuhnya hari ini.

Cukuplah. Aku ingin memulakan hidup baharu. Hidup yang lain sehinggalah aku hidup seribu tahun lagi...




5 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Selamat bersara Uncle IM, semoga uncle happy dan ceria selalu.

SukaniMusik berkata...

Enjoy pak cik, menikmati masa bersara, semoga dapat relax nak buat apapun..

Carneyz berkata...

Selamat menempuh alam persaraan pulak lepas ni. Saya pulak pilih 'bersara' awal untuk keluarga.

LadyBird berkata...

Assalamualaikum Tuan Insan Marhaen.. ni Lady bird ke mari mencari balik sahabat lama.. Lady baru tahu Isteri tuan telah meninggal.. innalillahiwainnailaihirojiuuunnn... semoga tuan tabah dalam menempuhi liku2 ni.. kite semua akan dipanggil olehNya suatu hari nanti..

Sol berkata...

Your blog is a beacon of authenticity in the online space.