Selasa, 5 Julai 2016

Pi Market... 2


Agak kesal juga bila last minute Along bagitau tak dapat terus balik dari Kepong ke Penang. Tukar keputusan, singgah bermalam di Ipoh dulu.

Aku memang faham. Amat memenatkan bila balik dengan menunggang motor kapcai untuk jarak yang panjang. Aku tahu, dia memilih menaiki motor berbanding naik bas seperti hari-hari biasa dia balik kerana tak mahu sangkut dengan jem yang berjam-jam.

Tapi.... tulah.... aku harapkan dialah yang akan menjadi cef utama memasak rendang ayam ni dan aku sebagai penolong saja. Sebaliknya, apa dah jadi sekarang....?

Akulah yang tunggang langgang kat dapur. Nak harapkan ibu_suri sangat, memayang bawang yang 1 kilogram ( ikut resepi ) asyik merungut. Sekejap bawang terjatuh ke lantai, sekejap gaduh renyah, sekejap bertanya... betul ke resipi ni? 1 kilo bawang... banyaknya.

Aku pulak jadi konfius. Beberapa kali rujuk resipi Azie kat laptop. Betullah... Lagipun ramai yang komen kata dah cuba dan sedap!

Huu... memang aku respeklah kepada para isteri yang rajin ke dapur dan memasak yang sedap-sedap untuk isteri dan anak-anak. Bukan bidang kerja aku le ni....

Ni baru setahun 2 kali aku 'terpaksa' buat rendang ayam demi nak jaga hati ibu_suri. Hari- hari lain cuma beli lauk kat kedai je. 

Kalaulah setiap masa ke dapur, macam jiran belakang rumah aku ni.... mau haus tangan aku ni... kena cabai, bermain air dan sabun...

Pi Market

ikut resipi Azie Kitchen

Lama  tak menulis. Bukan sebab dah gantung keyboard. Bulan puasa kali ini, aku agak capek. Mungkin faktor umur...

Selesai tebas pokok yang meliar di depan rumah, aku bersolat Dhuha 4 rakaat. Kemudian masuk bilik untuk baca Quran. Selalunya 2 muka surat sahaja.  Tiba-tiba ibu_suri bersuara:

" Bila nak pi pasar ni?"

Uhh... dari semalam dia dok kalut peringat aku bahawa Raya ni rendang ayam mesti ada macam tahun-tahun lepas.

Tapi gaya sebutan soalan ibu_suri tu pelik juga.

" Orang Penang sebut pasar ke? Bukan market? " sambil buat muka selamba...

Takada apa-apa respon dari ibu_suri.

Aku target selepas beli bahan buat rendang, aku akan terus pesiang dan mayang mana yang patut. Kalau boleh nak selesaikan sebelum tengah malam tapi tak mahu skip solat jamaat di masjid.

Dengan harapan, menjelang 12 malam aku boleh tidur awal. Tak mahu lagi macam selalu... tidur lambat sabit dok buat rendang hingga kemudiannya bangun sayup sayup untuk solat Subuh...