Perbualan aku dengan blogger Jendela Hati semasa makan di kafetaria tempat kerja semalam mengujakan aku untuk membina satu lagi blog baru. Sekarang ini aku ada 3 blog sendiri;
1. insan marhaen - catatan peristiwa benar dalam hidupku untuk tatapan generasiku.
2. sri mersing - tulisan semula kenangan aku semasa kecil di kampung.
3. hujan petang - koleksi puisiku serta puisi-puisi yang aku minati.
Blog baru yang aku rancang ini dibina dengan tujuan lebih kepada menyampaikan mesej dakwah. Isinya akan berkisar kepada unsur-unsur agama, ilmiah dan maklumat yang bermanafaat kepada yang membaca. Sudah pastinya setiap artikel atau bahan yang ditulis nanti akan berdasarkan dari sumber yang sahih, insyaAllah.
Aku harap kesemua blog aku ini nanti akan mendapat followernya tersendiri walaupun mungkin tak semeriah blog insan marhaen yang meraikan jubli gangsanya hujung tahun ini.
Nama blog baru ini belum ada lagi di kepala. Buat masa ini sedang mikir-mikir konsep keseluruhan blog - rangkabina dan gaya isiya yang bagaimana.
Mungkin akan ada yang berkata, banyak sungguh masa IM hingga boleh tumpu pada banyak blog. Hi..hi.. aku memang suka menulis sejak dari dulu. Nak hasilkan buku tak mampu. Hasilkan blog pun kira dah banyak syukur. Kalau mahu seribu daya. Kalau dah cinta, semua indah belaka. Bukanlah pandai menyusun kata, hanya sekadar berkongsi idea pada yang tak jemu membaca.
Lagipun tidak indah hidup ini kalau tidak turut sama memberi sumbangan kerdil untuk bersama rakan dakwah membangunkan agama. Nak berceramah tak pandai. nak ke sana ke sini beraktiviti tidak ada kelonggaran. Dengan sedikit pengetahuan di alam maya intai-intai peluang menulis seadanya di celah-celah masa menjaga ibu_suri.
Semua ini kalau pun tidak sebesar jihad para sahabat nabi yang syahid di jalan Allah, cukuplah jika umpama burung ababil melontar batu kepada tentera Abrahah. ataupun sekerdil burung pipit menitiskan air ke dalam unggun api yang membakar Nabi Ibrahim!
Berdoa kepada Allah muga usaha kecil ini diiringin keikhlasan dan direstui Allah!