Khamis, 15 Ogos 2019

Day 4...



Boleh lansung tak sedar malam tadi hujan lebat. Bila keluar untuk hidupkan enjin kerwta ternampak jalan basah. Patutlah Akhmal lena tidurnya di dalam bilik.

Ahh... Bila pusing kunci nak hidupkan enjin kereta... tek..tek... Ah, sudah.... Bateri kong la ni .

Semalam lagi aku dah perasan yang enjin kereta aku ini seperti ada masaalah nak bila nak dihidupkan. Ingatkan sempatlah tunggu gaji untuk tukar bateri.

Terpaksalah tunggu pekerja bengkel kereta tukarkan ke bateri baharu. Kenal lama dah dengan taukeh Kedai Asia Tyre, Penanti ni. Sejak aku guna kereta Proton Iswara lagi aku hantar kereta ke kedai ini.

Sekarang masa rehat. Aku. Aku bergesa ke hospital, jenguk ibu_suri.

Badan iBu_suri sedikit panas.asih juga tiada selera makan. Minum sahaja.

Aku perhatikan beg air kencingnya juga tak banyak air. Masih memakai tiub oksijen di hidung. Mungkin kandungan oksijen dalam paru-paru dia belum cukup 95% sepertimana sepatutnya.

Aku cuba pujuk untuk makan. Tak mahu.

'Kalau macam ni, bila nak ada tenaga.
' getus hati kecilku.

Aku pun dah beberapa hari tak berjumpa doktor untuk bertanya perkembangan kesihatan ibu_suri.

Tapi kalau ada apa-apa yang besar isunya tentulah doktor atau staf nurse beritahu.

Aku tak risaukan yang lain kecuali kalau ibu_suri beriya nak balik. Yang tu susah aku nak fikirkan.

Jika sampai ke hari Ahad, cukuplah seminggu ibu_suri di sini.

Lama tu dengan tak mandi dan hangat...

Selasa, 13 Ogos 2019

Wad 10 - Hari Ke 3...

Nampaknya ibu_suri dah mula boleh makan walaupun bebrapa suap. Namun badannya masih lemah, tutur cakapnya masih kurang jelas dan perlu diamati.

Rupanya baju ibu_suri juga telah disalin baru oleh menantuku kelmarin. Baju yang dipakai semasa mula masuk ke wad kecemasan adalah baju bukan kapas. Jadinya agak berkuap dan hangat lebih lebih lagi bila tengahari.

Memang dari dulu, bila ibu_suri di wad; selama mana di wad selama itulah ibu_suri tak mandi. Bukan aku tak mahu mandikan tetapi dengan keadaan fizikal ibu_suri yang susah bergerak dan keadaan katil yang tinggi memberikan masaalah untuk ibu_suri. Jadinya aku hanya lapkan badan ibu_suri setiapkali ke sana.

Rimas? Dah tentulah...

Semalam dia mula bertanya bila boleh balik. Satu soalan yang kurang sedap untuk di dengar.

' Boleh saya nak buangkan kencing dari dalam beg?' pinta cleaner wad.

Aku mengenjak ke tepi memberi ruang kepada cleaner untuk membuka penutup doe beg kencing ibu_suri yang tergantung di birai katil dan menadahnya dengan baldi.

'Tak cantik air kencing istri saya ni, ya!' ujarku bila melihat warnanya yang seperti warna karat besi.

Cleaner itu mengangguk sahaja.

'Dia tak mahu makan.' terangku tanpa dipinta.

'Tu la... ' jawap cleaner itu.

'Abang cakap apa dengan dia?' ibu_suri ingin tahu bila cleaner itu berlalu pergi.

'Takda apa. Saja sembang dengan dia.' jawapku. Bukan semua boleh dipembariskan dengan ibu_suri ini. Tambahan saat saat dia di wad. Perlu sangat menjaga emosi supaya dia kekal selesa di sini.

'Nak abang belikan air soya sejuk?'

Aku teringat pesan Along supaya berikan air soya sebab ibu_suri tak lalu makan. Paling tidak, air soya itu mengandungi protin yang boleh memberi tenaga.

Angguk sahaja ibu_suri.

Aku melihat jam di tangan yang hampir ke pukul 1.30 petang. Waktu  melawat hanya hingga 2.00 petang.

Cepat-cepat aku beredar...

Ahad, 11 Ogos 2019

ibu_suri admit wad 10 lagi...

Setelah 4 hari demam dan 3 hari tak lalu makan, tengahari raya korban hari ini aku nekad push ibu suri untuk pergi ke hospital.

Dia memang dah tak bermaya. Cempong dia untuk di kerusi roda dari katil memang bukan kerja ringan. Maklumlah...berat 130kg dengan riang aku yang tak berapa nak ada dah ni. Nasib baik along ada. Dengan teknik yang betul kami bawa dengan kereta ke wad kecemsasan.

Seperti yang aku jangka, ibu_suri akhirnya warded.

Terkulai layu ibu_suri di katil wad. Bayangkanlah... 3 hari tak lalu makan. Masuk ke mulut akan keluar balik.

Ini, aku dan alonh baru saja menukar lampin akibat buang air besar. Dulu aku minta nurse yang tolong buatkan. Tapi kali ini aku buat sendiri berdasarkan pengalaman aku memakai lampin ibu_suri sejak hampir 6 bulan lalu di rumah.

Aku beritahu along...

'Kita sendiri yang uruskan berak dan pakaikan lampin adalah lebih baik dari minta nurse yang buatkan.'

Dimasa yang sama aku terbayang bila giliran aku pula seperti itu tiba...