Itu adalah beberapa keping album The Zikr yang aku kumpul semasa aku aktif bernasyid dulu. Masih tersimpan dalam keadaan baik.
1. ALBUM KENANGAN - 1993
2. ANTARA 2 CINTA - 1993
3. SECERAH PAWANA - 1994
Ahli kumpulan The Zikr adalah Nazri Johani, Mohd Salleh Ramli, Abu Bakar Mohd Yatim dan Azahari Ahmad.
Antara lagu yang aku paling suka dengar ialah :
: Semangat Waja
: Isteri Solehah
: Allah Is Calling
Alunan suara, alunan irama, perkusi dan liriknya yang indah begitu menyentuh jiwa yang lembut. Aku agak... sebelum mencipta lagu, tulis lirik dan membuat rakaman, mereka ni sembahyang sunat 2 rakaat dulu!
Lagu Wahai Kekasih dan Tika Abuya Pulang agak kontraversi liriknya. Lagu Tika Abuya Pulang tidak dimasukkan ke dalam cetakan semula dalam bentuk cd oleh Inteam Records.
Apapun, kesemua kaset The Zikr ini amat aku sayang dan selalu dengar. Sukar ditemui lagi lagu-lagu baru yang seindah dan mengesankan seperti lagu-lagu The Zikr, sekarang ini...
