Pagi ni, riadah Ahad di lokasi yang sama. Takdir Tuhan, berjumpa dengan Shaukiah Hanim, sahabat seperjuangan ibu_suri semasa sesama menjadi ko-kaunselor di bawah naungan
Jamaah Islah Malasyia, Pulau Pinang.
Kini, Shaukiah Hanim giat mengajar di surau dan masjid sekitar Pulau Pinang. Suami beliau adalah rakan seusrahku di Surau Taman Pelangi.
Apa-apa pun, kita terokai lokasi riadah yang aku kunjungi setiap hujung minggu ini.
|
Pintu masuk |
|
Trek yang bersih |
|
Antara peralatan gym yang selamat dan mesra-pengguna |
|
Kiri untuk jogging, kanan untuk riding |
|
Parkir yang luas |
|
Koperat yang berkongsi pembinaan |
|
Teman setia, menemani tanpa rungutan |
|
Baru tahu, cat bike namanya... |
Dan lagi, hari ini adalah hari ke 2, pendekatan
reverse psychology aku terhadap Akhmal. Bukan mudah nak ubah
mindset, perasaan dan sikap aku ini, rupanya.
Antara yang aku lakukan ialah;
1. Bercakap dengan kawannya yang hendak keluar dari bilik secara baik.
"Kalau nak masuk rumah pak cik, lain kali masuk dari pintu depan, ya! Tak elok masuk dari belakang ni."
2. Aku lebih banyak meminta Akhmal membantu aku walaupun sebenarnya aku boleh buat semuanya dengan sempurna.
- "Akhmal, tolong goreng ayam ni ya. Ayah nak sapu depan rumah."
- "Akhmal tolong tukar botol air dari dispenser tu ya. Ayah tak larat lah. Berat!"
3. "Malam Rabu ni, Akhmal ada apa-apa tak?"
"Kenapa?"
"Nak ajak Akhmal makan... Ikan bakar ke?"
Diam...
Semasa solat Zohor tadi, aku berdoa lagi. Muga Allah lembutkan hati Akhmal dan berikan dia hidayah.
"Kata nak beli baju. Dah beli?"
"Belum lagi."
"Pi beli cepat. Duit tu bukan boleh bertahan lama. Takat sehari dua je!"
Itupun, jangan-jangan dah habis, ape.. Raya sakan dengan kengkawannya. Tapi, sejuk juga hati aku bila tetiba dia hulurkan 100 malam Sabtu lalu.
"Duit apa ni?"
"Untuk ayah la.."
"Mana kamu dapat?" Bertanya dengan penuh persoalan dan bimbang.
"BRIM. Akhmal check kat bank tadi. Rupanya dapat."
Owhhh... Patutlah ramai orang beratur kat ATM Agro Bank tadi, getus hatiku.
"Ehhh... ibu punya, tak de ke?"
"Ini you punyalah..," sambil menghulur not sekeping itu. Senyum simpul ibu_suri sebenarnya membuatkan malam itu seperti siang cerahnya...
Akhmal terkebil-kebil. Aku harap dia faham.