Rabu, 26 Februari 2014

Perang

Kekadang terfikir, berat rasanya nak terus menulis di blog ini. Bimbang dengan isi tulisannya yang terlalu terus terang dalam bercerita tentang hal-hal peribadi. Ntah bagaimanalah nanti kalau anak-anak atau saudaraku membaca tulisan ini. Tentu mereka akan marah-marah atau sindir aku kerana menjaja masaalah hidup sendiri ke tatapan orang lain.

Lebih parah kalau ibu_suri yang membaca. I perang besar, you see!

Ada kalanya terfikir pula, buat blog lain lah. Yang konsepnya lain dari konsep sekarang. Yang lebih bersifat dakwah dan membina. Ha.. Ha.. nak membina macammana kalau aku sendiri banyak kadangnya, longlai bila dihempas badai.

Hurmm... Apa-apa pun, khabarnya Ahad ini ada program gotong royong perdana anjuran masjid di tamanku ini. Aku berazam untuk bersama mereka walaupun aku tahu, aku ini dah tak sekuat mana untuk menebas, mencangkul atau menyodok longkang. 

Kata wakil masjid semasa membuat pengumuman lepas Isya' tadi, taman aku ini adalah antara kawasan yang jumlah kes dengginya membimbangkan. Kira, gotong royong ini nanti macam isytihar perang dengan Aedes la nih!

"Kan kita nak balik kampung minggu ni?" soal ibu_suri bila aku menyatakan hajat aku untuk sertai.

"Kita balik hari Sabtu. Balik hari jer..."

4 ulasan:

makchaq berkata...

Meluahkan rasa tu sikit sebanyak boleh hilangkan stress...

Kawasan rumah makchaq pun diisyhtihar kawasan wabak denggi, minggu lepas kena buat gotong royong atas arahan KKM, depa pun mai pantau gotong royong tu..

JR berkata...

Baguslah sama-sama bergotong royong. Orang bukan nak lihat sangat kekuatan kita menebas dan menyodok, tapi kepedulian kita kepada masalah yang melibatkan kawasan kejiranan kita....

Tanpa Nama berkata...

Mengadulahbdengan Allah sepertiga mlm

Unknown berkata...

Assalam. Semoga IM dan Ibu Suri sihat sejahtera. Mudah-mudahan sentiasa dapat membuat yang terbaik untuk famili dan komuniti. InsyaAllah.