Rabu, 30 April 2014

Rehat Sekejap

Aku ambil keputusan untuk pergi juga ke KL malam ini walaupun ibu_suri kurang bagi. Seperti sebelum ini juga, aku amanahkan Angah dan Akhmal untuk menjaga kebajikan ibu_suri. Aku percaya mereka boleh urus setelah semua ubat-ubatan dan makan aku sediakan sebelum bertolak.

Aku bercadang menaiki keretapi sepertimana saranan rakan sekerja yang juga orang kuat Unit Amal.Along juga mencadangkan begitu. Kali ini ini Along tak ikut sama seperti masa-masa lepas. Tak tahu kenapa. 

Mungkin bukan sangat 100% aku beria hendak ke sana kerana itu. Sebab lain mungkin kerana mahu keluar sekejap dari rumah dan bersendirian. Keluar dari gelumang kemelut dan aturcara hidup harian yang begitu stereotype. Sambil memberi sokongan moral terhadap agenda rakyat, aku sempat mencuri kerehatan demi mengumpul tenaga baru untuk meneruskan kembara hidup ke hari-hari hadapan.

Beberapa minggu ini memang aku terasa amat jemunya rutin hidup yang sebegini. Namun aku akui, aku tidak boleh malah insyaAllah, tidak akan lari dari tanggungjawap menjaga yang bernama isteri!

Ahad, 27 April 2014

Di Kerusi Batu

Agak lewat aku ke lokasi riadah Seberang Jaya pagi tadi. Cuaca pun muram je. Bila lewat begini orang dah tak ramai. Aku punyai lebih peluang untuk menggunakan alatan gim.

Semasa memasuki pusingan ke 2 berjalan, aku perasan seorang remaja perempuan tidur di kerusi batu. Hati aku terusik. Segera aku teringat akan Akhmal. 


























Aku tak fikir dia ini pengemis. Jauh di hatiku berandaian, gadis ini bergelandangan kerana mempunyai masaalah di rumah. Atau mungkin juga sudah tiada siapa yang mengambil berat tentangnya.


Yup... Aku teringat Akhmal. Dan masa-masa mana dulu-dulu dia pernah tidur di dalam longkang kerana sudah tidak ada tempat lain yang dia boleh tidur sedangkan untuk balik ke rumah dia rasa malu setelah seminggu 'lari' dari rumah. 

Setelah aku rasa cukup riadahku hari ini, aku sempat jeling ke kerusi sebelum menghidupkan enjin Viva. Dia sudah tiada di sana!

Jambu Epal

Dalam perjalanan balik kampung semalam, aku singgah kat Hentian Rehat Taiping, beli buah. Ternampak buah berwarna hijau, cantik. Tak tanya berapa harga. Bagi duit besar, terima sahaja bakinya tanpa kira semula. Lelaki memang begitu tabiatnya, mungkin. Kalau setakat benda-benda kecil, tak pernah ambil pusing pasal harga Apatah lagi nak bertegang urat untuk tawar menawar!

"Buah apa ni?" tanyaku sambil membelek.

"Jambu epal."

Aku meninggikan kening.

























Hmmm.... Memang sedap. Ada rasa jambu dan ada rasa epal. Manisnya, bak kata orang Penang, manis melecaq tapi ada kelas.

Bila ibu_suri beritahu, baru aku perasan... harganya RM3. Sekali lagi kening aku meninggi!

Sabtu, 26 April 2014

Alahai... Murtabak!

Katanya nak makan roti canai cheese. Aku pun ajaklah dia makan di Makbul, Seberang Jaya - antara lokasi kegemaran aku. Sementelah lalu, aku singgah di Petron. Penanda tangki minyak di panel Viva aku dah berkelip-kelip sejak dari balik kerja tadi lagi. 

Kemudian ke CIMB, lunaskan duit yang aku pinjam dari Along lansung ke Maybank untuk bayar duit rumah dan Kancil.

Dah selesai semua itu, aku berlalu ke Restoran Makbul. Akan tetapi;

"I tak mau makan sini. Nak makan kat Subaidah.".. Laaa... isy... isy... Satu gheba la pulak kena keluar balik ke lebuhraya.


























Sesampai di Restoran Subaidah, dia ubah selera. Nak makan murtabak pula. Aku pesan murtabak sayur. Ini first time aku pesan murtabak sayur. Setidak-tidaknya, ia lebih bernutrisi berbanding murtabak daging, fikirku.

Aku pesan tose dan teh o kurang manis. Bila semua pesanan tiba, kami makan bersama. Tiba-tiba dia minta pula mi goreng.

"Eh, sudah-sudah la tu. Tak elok makan banyak sangat malam-malam ni..." tegur ku. Tapi kemudiannya aku gamit juga 'mamak' tu untuk pesan mi goreng.

Memang pening juga dalam menjaga sesaorang seperti ibu_suri ni. Emosi dan kehendaknya cepat berubah. Itulah sebab kenapa agaknya Tuhan takdirkan aku menjadi suaminya kerana Tuhan tahu, aku boleh bersabar dalam menjaganya. Gitu ke?

Khamis, 24 April 2014

SMILES

Beruntung juga rupanya bila ada kad SMILES dengan point yang mencukupi untuk klem petrol tatkala kocek benar-benar kritikal ini.

Dengan penebusan RM20, aku kira cukuplah untuk Viva ini bawa aku balik ke rumah dari tempat kerja, bawa ibu_suri jalan-jalan sat g malam dan bawa aku semula ke tempat kerja esok pagi.


























Mudah-mudahan gaji akan masuk, esok. Bolehlah beli sedikit barang dapur dan ziarah mak di kampung yang dah 2 kali menalipon aku, bulan ini. Kalau tak masuk.... alahai....!

Pak Andak

Aku dan blogger JH serta 2 lagi rakan terus ke Sungai Petani bila habis saja waktu kerja. Aku diberitahu bahawa Cikgu Abdul Majid atau lebih mesra di kalangan kami dengan panggilan Pak Andak dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim setelah terkena 2 gigitan ular kapak.





Aku doakan mudah-mudahan Pak Andak cepat sembuh dan akan kembali semula ke gelanggang.

Rabu, 23 April 2014

Perjalanan

Sesekali fikir, tanggungjawap aku di tempat kerja taklah seberat mana sangat. Selagimana semua aturan kerja aku buat sepertimana dijadualkan, sepatutnya aku tak perlu rasa tertekan.

Musim odit oleh SIRIM dah mula terasa getarnya. Bulan depan akan ada Internal Quality Audit (IQA). Lebih kurang dalam bulan puasa, akan ada SIRIM-TS odit. Alamat bagai demam tak kebah lagilah aku nanti. Asalkan jangan semasa kritikal begini, akan datang menimpa pula masalah keluarga yang lain.

Tapi yang bagusnya, bila duduk dalam situsi tertekan begini barulah kerja semua berjalan. Kerja yang susah atau paling malas nak dibuat juga boleh siap akhirnya setelah direngkuh dengan cekal. Masa ini juga doa dan sembahyang aku semakin kerap dan tekun. Agaknya, aku ini jenis hambaNya yang bilamana dalam keadaan susah baru teringat padaNya. Sebaliknya, bila dalam keadaan senang dan selesa, mula culas dan tawar ibadahnya?

Malam ini, ntah kenapa aku tertidur awal. Terjaga bila jam12 tengahmalam, rupanya aku berbantalkan lengan di atas sejadah di ruang tamu. Hatta, ibu_suri pun tidur awal di bilik. Akhmal juga begitu.

Setelah usai Isyak, aku bancuh secawan Alitea. Duduk melayan perasaan hati sendiri. Bukan selalu dapat begini pun, sebenarnya.

Arghhhh.... rupanya, kehidupan yang selama ini begitu mencabar dan mendebarkan, hampir 3/4 perjalanannya telah aku harungi. Kini, tenagaku semakin kurang. Namun masih ada 1/4 perjalanan lagi yang masih ada kerikil dan ombak yang menanti!

Isnin, 21 April 2014

Bukan Soal Ubat

Malam tadi ibu_suri mengadu, tangan kirinya terasa kebas. Ada urat-urat biru timbul di telapak tangan. Aku ambil cuti lansung bawa dia ke Klinik Kubang Semang. Terasa bimbang, kut-kut lah akan terjadi apa-apa jika aku ke tempat kerja juga.

Bacaan gula 10.6 walaupun tanpa sebarang sarapan. Bacaan bp 160/100. Doktor Aslina mengeluh bila merujuk geraf bp ibu_suri yang lepas-lepas, tidak sekata.

"Awak ambil bacaan tekanan darah tiap-tiap minggu, ya. Saya tambah dos ubat awak ni. 15hb 5 nanti jumpa saya balik."

"Saya rasa bukan soal ubat, doktor tetapi sebab dia susah nak kawal nafsu makan," ujarku.

Sebenarnya, dulu pun doktor mengakui, pesakit seperti ibu_suri yang juga mempunyai masaalah psikiatrik memang susah nak mendisiplinkan diri dalam soal mengawal nafsu dan emosi. Ditambah pula dengan sikap aku yang tidak gemar memaksa, buatkan ibu_suri selalu langgar pantang.

Sabtu, 19 April 2014

Tak Apalah, Ayah!

"Abang, kenapa you baik sangat dengan I?" soal ibu_suri tatkala aku sedang menyalin kepada kain pelikat setelah beberapa jam bawa ibu_suri makan dan jalan-jalan, rutin tiap-tiap malam sejak 2008.

"Syukurlah kepada Tuhan!" balasku mematikan soalan seterusnya; yang sebenarnya kalau boleh aku malas nak respon kepada soalan-soalan yang sensitif seperti ini.

Otak aku masih berputar-putar mengingati Akhmal. Semalam aku tak tahu punca apa dia mengamuk. Aku lihat mudguard motornya pecah. Mulanya aku sangkakan dia kemalangan dek menunggang laju.

"Kenapa tangan tu?" tanya aku yang separuh ambil berat. Aku dah letih dengan kerenahnya yang ntah bila nak berubah.

"Akmal tumbuk pagar," jawapnya pendek dan terus keluar mendapatkan kawan-kawannya. Aku acuh tak acuh masuk ke rumah. Lansung tak terfikir nak bawa dia ke hospital. Dan dia pun tak pula meminta di bawa.

Namun tadi, semasa duduk menunggu masuk waktu sembahyang Jumaat, fikiran aku melayang mengingat semula tangan Akhmal. Terasa bersalah pula. Agaknya, mungkin semalam disebabkan aku letih dan mengantuk lantaran masalah kerja. Disambung pula terpaksa menyelenggara ibu-suri, membuatkan kepala otak aku jadi tepu.

"Akhmal, ada kat mana?" tanyaku melalui talipon sejurus sebelum keluar makan dengan ibu-suri tadi.

"Simpang 4!"

"Jom, ayah bawa pi hospital. Ayah rasa kena x-ray tangan tu. Kalau dibiarkan nanti, takut lain pula jadinya."

"Tak apalah ayah. Biaq pi la dia sakit!"

Isnin, 14 April 2014

2 keping CD

Semalam, aku nekad memberi 2 keping CD kepada rakan sekerja - Ezad. CD kompilasi nasyid NadaMurni yang asli keluaran OVA Production itu aku beli sekitar akhir 90an. Masa itu Arqam baru mula menerokai pengeluaran nasyid dalam bentuk CD. 

2 CD itu, aku tega memberi kepada orang lain. Walaupun ianya mempunyai nilai seni dan memori yang tinggi, aku dah jarang mendengarnya. Aku dah punya banyak koleksi baru. Lagipun, Ezad juga seperti aku dulu, gemar pada nasyid dan pernah menubuhkan kumpulan nasyid sendiri. Jadi, aku hadiahkan CD ini, yang tidak akan ada sepertinya lagi.


Aku memang amat sayang pada koleksi CD nasyid yang aku punyai sekarang ini. Bila masuk saja ke dalam kereta, lagu adalah yang pertama mesti aku pastikan tersedia. Paling aku gemari ialah NadaMurni dan The Zikr. Hinggakan ibu_suri pun tak terkata kata apa...

Ahad, 13 April 2014

Buku

Alhamdulillah, dapat kembali menulis setelah sekian lama laptop aku tersandar di Gin Way. Ini pengakuan ikhlas dariku. Nak buat macam mana. Turun naik kehidupan aku, beginilah. Aku berlapang dada dengannya!

6 hb lalu, aku hadiri Multaqa' IKRAM Seberang Perai Tengah di RECSAM, Gelugor, Pulau Pinang. Lama benar aku tak bersua dengan rakan-rakan seperjuangan di medan dakwah. Paling aku teruja ialah dapat bertemu dengan blogger abuzorief yang lebih mesra digelar Roes. Aku memang senang bersama beliau kerana sikapnya yang low profile dan komited dalam dakwah.

"Ana dah hantar manuskrip kat PTS," beritahu Roes dengan ceria. "Tak tahu la... depa nak terima atau tak."

"Apa isi tulisan anta?"

"Apa yang ana tulis dalam blog tu la. Cuma ubahsuai sikit-sikit."

Ntah kenapa aku tumpang gembira. Rasa besar hati pula, kalaulah nanti dia berhasil menerbitkan buku.

"Jangan lupa, maklumkan kepada UNIT MEDIA IKRAM. Paling tidak, IKRAM akan mendapat sedikit kredit dari penghasilan buku anta tu," pesanku.

"Eh, macam mana kalau kita joinventure tulis buku seterusnya?"

"Ana nak tulis apa, syeikh? Ana bukan ada modal ilmiah macam anta. Takat tulis pasal ibu_suri, ada ke orang nak baca?"

Saranan itu bermain-main di fikiran aku...