Aku tahu, ibu_suri rasa hampa bila aku tak layan mahunya untuk jalan-jalan ke Sungai Petani. Itu antara destinasi kegemarannya bila hujung minggu. Kemudian makan ABC dan nasi tomyam di Tikam Batu.
Aku letih setelah menyapu luruhan daun kering depan rumah dan membuang tahi kucing yang memang suka berak. Kemarau gini semakin perghhh... baunya.
Kemudian membaiki pili cuci kereta yang memang dah lama aku tak ambil kisah kebocorannya. Memasak sambil kemas kabinet dapur yang berselerak.
Kemudian membaiki pili cuci kereta yang memang dah lama aku tak ambil kisah kebocorannya. Memasak sambil kemas kabinet dapur yang berselerak.
"I nak makan KFC!" bentak ibu_suri bila saja aku terjaga. Aku, dalam mamun itu bangun dan ambil wuduk untuk sembahyang Isyak terlebih dulu.
"Sepatutnya kita boikot KFC ni. Depa ni penyumbang tegar pada dana Israel," ujarku perlahan sambil memutar stereng menelusuri jalan bawah bulatan Seberang Jaya. Bungkam seketika.
"Kita pi makan capati!" tetiba ibu_suri beri cadangan.
"Hmmm... ok juga. Malam-malam gini makan capati lebih menyihatkan dari makan ayam."
Tapi agaknya bukan rezeki kami untuk makan capati. Gerai mami kat depan astaka Jalan Tuna itu tutup pula. Mahu tak mahu, kena kona ke KFC sebelah Petronas juga. Nasib baik aku bukanlah selebrati macam UAI. Kalau tak mesti kena gossip kaw-kaw punya.
"Jangan bagitau Akhmal kita makan kat sini ya!"
6 ulasan:
Kita bersama kehidupan dan ceritanya. ..
Benar mcm kakcik ckp..
Kehidupan d cerita kita begitu juga..skrg anak tgh cuti sem ada di rumah..mlm2 ikuti kehendak nya nk mkn mlm ditmpat yg dia suka.kami suami isteri sdg hitung ari,2 minggu lagi dia nk balik kampus di melaka..lpas ni boleh la mkn mlm sekadar nya.tak tahan berat bdn dh melampau2 naik.
abang IM punya perkataan `perghh' tu macam orang muda la! heheee... eh, kfc kan dah ada delivery sekarang.
Bila baca cerita IM rasa syukur sangat2 kepada Allah kerana isteri kat rumah sangat understanding dan belum pernah menduga kesabaran suaminya....alhamdulillah...
sabarnya IM, saya kagum
Memahami dan berlapang dada dengan kerenah isteri terutama yang menghidap sindrom psikiatrik macam ibu_suri adalah penting untuk mengelak dari stress pada diri sendiri.
IM selalu beritahu pada diri, ambillah semua permasaalahan hidup sebagai sesuatu yang 'fun'...
Catat Ulasan