Ahad, 2 Februari 2014

2014...

Sebenarnya aku mula menulis blog sejak 2008 yakni sebaik saja ibu_suri disahkan menghidap stroke dan seterusnya dirawat di unit Psikiatrik, Hospital Pulau Pinang. Fenomena baru dan asing yang terpaksa aku terokai membuatkan aku mencari satu medan untuk melampiaskan semua tekanan dan sesak di dada. Akhirnya, bloglah tempat aku menyandar lelah.

Masuk 2014 ini secara tak lansung dah masuk 6 tahun usia blog aku ini. Pelbagai pengalaman aku tempuhi hasil dari menulis blog. Bahan tulisan aku pernah menjadi bahan ketawa dan perlian oleh rakan-rakan sekerja. Ada diantara entrinya yang menceritakan hal kerja dan ada juga hal peribadi yang menjadi bola tanggung untuk bahan polemik sambil minum pagi di kantin.

Ada juga aku menerima persis ancaman lantaran tulisan aku yang tidak sealiran dengan sebahagian dari pembaca 'diam'ku. Hingga pernah seminggu aku semacam fobia dari memegang keybord. Bilamana terdengar saja bunyi kereta seperti berhenti di hadapan rumah jantung aku mula berdegup kencang. hati tertanya-tanya - polis kah itu?

Pernah juga aku diminta mendeletekan tulisan aku yang menceritakan tentang sakit seorang kawan. Sakit yang sama seperti ibu_suri hadapi. Aku tidak delete sebaliknya menyorok tulisan itu kerana aku rasa tulisan aku itu ada mesej yang hendak dibawa tetapi tidak menyebut dengan terang nama-nama yang terlibat.

Namun aku tak pernah delete semua komen keras itu. Bagi aku setiap blogger mesti bertanggungjawap atas apa yang ditulis. Mesti berani dihempas ombak jika berumah di tepi pantai. 

Rakan-rakan seangkatan aku sejak 2008 ramai yang dah meng'gantung pena' bila facebook yang lebih pantas dan mesra pengguna menempatkan diri dalam laman sosial. Namun aku yang lebih suka menulis secara berjela masih tetap kekal dengan blog yang bagi aku seumpama sebuah autobiografi diriku sendiri berbanding menulis ciput-ciput jika dalam facebook.

Hari ini aku mengambil keputusan untuk semak senarai semula bloglist yang terdapat di sisi blog. Hanya akan aku masukkan dalam senarai sisi blog kepada blog yang masih aktif dengan aku. Bukan apa. Aku cuma mahu berpijak di bumi nyata. Tak mahulah perasan sorang-sorang. Sangkakan ramai orang suka baca blog aku tapi sebenarnya ia adalah sebaliknya.

Aku tidaklah bercita-cita tinggi untuk mempopularkan blog aku ini kerana 'aku menulis bukan kerana nama'. Cuma untuk kepuasan diri. Jika kebetulan ada yang menyukai penulisanku ini ia merupakan satu bonus. Dan jika ada pula yang mendapat manafaat dari tulisan aku ini ia merupakan double bonus pula.

Buat rakan blogger samada yang diam atau yang rajin memberi komen; terima kasih atas semuanya. Muga 2014 dan seterusnya kita akan terus berblogging disamping blogwalking. Mulai esok aku akan senarai semula rakan-rakan blog aktifku yang amat aku kasihi dan hargai ini....

Aku adalah anak yang sulong

Apa-apa pun, layan sekejap gambar lama aku dan keluarga kampung. Tahunnya... aku tak ingat. Cuma yang pasti ialah zaman gambar hitam putih...

( gambar ini telah dihantar semula ke kedai gambar oleh abahku untuk dibubuh warna. Macam filem Hang Tuah versi hitam putih diwarnakan semula... )

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada perkara yang saya suka kongsikan di facebook dan ada jugak yang saya paparkan cuma di blog, kerana sifat dua medium ni yang berbeza. Apa pun, saya senang dengan cara penulisan di blog ni.

JR berkata...

Memang susah bila berkata benar kerana kebenaran ada kalanya sangat menyakitkan...

Kakcik Seroja berkata...

Walaupun blog kakcik makin suram tapi kakcik masih menyayanginya kerana melaluinya kakcik dapat ramai kawan dengan izin Allah SWT.

Nor Azimah Ali berkata...

saya pun sependapat dgn IM, menulis utk kepuasan diri saja, dan jika ada yag boleh diambil manfaat oleh kawan-kawan tu, Alhamdulillah..bonus pahala bila boleh diamalkan pula, aminn

Bearcat berkata...

Jangan berhenti menulis IM.

Cik Wawa berkata...

Begitulah kehidupan IM. Lebih2 lagi hidup d zaman yang mencabar ini. Kesabaran y tggi sgt dplukn...

AZNI BINTI MAT ISA berkata...

Assalamualaikum IM,
Teruskan menulis dari hati :-)

ANIM berkata...

dulu saya pun rasa menulis syok sendiri IM..
kemudian saya rasa pengalaman saya ialah untuk tatapan sedniri dan orang terdekat yg boleh dishare oleh oranglain

Kamsiah yusoff berkata...

saya lbh suka berblog dari FB..FB tempat utk main2..suka2 ja...

MulutPayau berkata...

Saya pun sama IM..menulis utk kepuasan sndiri walau kadang2 syok sndiri..
Saya suka baca blog kisah peribadi dan kisah kehidupan ssorang..kisah santai dan tidak membebankan fikiran.,
Kadang terlintas jugak utk tutup terus blog, tapi bnyak pla gambar2 dan kisah kenangan yg terdapat di sini...

Teruskan menulis IM..

NzA berkata...

tidak semua orang menyenangi tulisan kita..saya pun sama, pernah ditegur oleh adik sendiri kerana memaparkan kisah family sedangkan saya wujudkan blog sebagai dairy utk rujukan anak2 pada masa akan datang.....

BUNDA berkata...

Bunda pun sama...menulis hanya untuk kepuasan diri bukan kerana nama apa lagi populariti...

Biar kekadang terasa syok sendiri..sebab rasa macam tak berpijak dibumi nyata dan kekadang rasa macam nak tutup terus tetapi...

Bila difikirkan balik ini adalah satu medium untuk meluahkan sesuatu yang bolih dishare ...maka bunda cuba teruskan juga ...

Walaupun hanya suam-suam kuku dan tenggelam timbul...