Khamis, 4 Ogos 2022

Hidup Yang So So Sahaja

Sebaik sahaja memakir kereta di depan gerbang Rumah Kelab Kondominium tempat aku bekerja ni baru perasan talipon aku tertinggal di rumah. Ah, tak bestnya. Tertinggal di meja depan tv lah ni. Aduh!

Aku melangkah anak tangga menuju ke ofis. Lutut aku yang sudah tak kuat menyebabkan aku memijak anak tangga perlahan dan berhati-hati.

Melalui depan lot Tadika Amal Rintis, aku disapa oleh cikgu Selzia.

"Nah, En Abu. Kunci"

Aku sambut sahaja dengan senyum bercampur rasa sedih. Sedih kerana pejabat urusan tadika kini terpaksa berpindah keluar dari berkongsi dengan ofis aku ke lot yang berasingan di sebelah.

Kini aku tidak dapat lagi mendengar suara riuh cikgu dan anak murid tadika selama berada di ofis. Biasalah kalau namanya cikgu yang rata-ranya perempuan ni. Tak pernah sunyi dari gossip, cerita bab makan dan kisah murid serta ibubapa yang banyak udang maka banyak ragam ni.

Entah apa perancangan bos aku sampai dia minta pejabat tadika ini berpindah, aku belum dapat telah.

Aku pun tak mahu ambil kisah lah. Nanti aku akan tahu sendiri.

'Alhamdulillah', bila sampai pintu ofis, bos dan adik bos belum sampai. Memang itu yang selalu aku harapkan. Biarlah aku yang paling awal masuk ofis.

Dah lama perasan ada banyak tahi cicak jatuh ke atas suis lampu dan atas thumb punch ( macam punch card la ). Aku ambil tuala lembab, lap hingga bersih dan sapu lantai di mana banyak juga tahi cicak yang jatuh juga. Memang selalunya, akulah yang buat kerja ini. Bos macam biasa la, bos. Adik bos....ntahlah. 

Memang dah jadi kebiasaan sejak kerja di Renesas dulu, 5S memang amat ditekankan. Maka aku sambung sahaja disiplin itu di ofis ini. Aku pastikan lantai, meja di sapu  dan lap sekali seminggu. Aku mahu ruang meja aku dan bos bersih dari habuk dan sampah. Tapi tu lah.... di rumah, penyakit penyegan tu tak mahu pula hilang.

Hari ini aku tidak ada tertunggak yang perlu diberekan. So, aku ingat aku nak buat 5S kotak kecil tepi monitor aku ini yang dah sarat dengan kertas yang ntah apa apa ni. 

Esok hari Jumaat. Yeah...hari aku boleh rehat sepenuhnya di rumah. Aku nak kemas rumah pulak dan menjual sedikit dari koleksi cd dan kasey aku. Aku nak clearkan cd dan kaset aku yang tak berapa best. Jual murah supaya ada yang nak beli. Aku nak simpan yang best best sahaja. Title 'collector' yang dulu aku gilai kini akan terpadam. Mungkin sebab faktor usia, aku dah malas dan semak kepala. Aku nak jadikan rumah aku simple, bersih dan menselesakan aku.

Kereta juga aku bercadang nak perbaiki akan satu dua permasaalahan seperti dah lama tak servis di Perodua, berbynyi di bahagian enjin yang menyemakkan perut bila memandu, berbynyi di belakang yang aku agak kerana absorber dan cat putih yang kian pudar mungkin perlukan 'polish'.

Aku cuba menyimpan duit gaji sebulan dua kemudian nanti beli beberapa helai t shirt dan seluar. Aku memang dah terlalu lama tak beli pakaian baharu. Pakaian lama yang aku pakai ini dah bertahun-tahun hingga tak nampak baharu. ( orang lelaki, bab pakaian ni memang tak ambil kisah sangat. tak macam perempuan yang kalau boleh nak selalu nampak baharu, kan? )

Aku mahu hidup so so saja dan buat apa yang aku minat sahaja. Dah berusia lalnjut ni nak santai santai sahaja. Kalau orang tak suka kita pun tak apa.

Biarlah blog, lagu, kereta, rumah, dan facebook yang menjadi teman...


1 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Dah umur macam ni nak tenang2 je