Lama dah aku tak kemaskini blog rupanya. Susah juga bila tidak ada pc sendiri dan mengharapkan pc pejabat. Nasib baik bos pun ok.
Boring juga bila sekarang ini tinggal seorang sahaja di rumah. Istri dah tiada, anak anak pula dah ada kehidupan sendiri.
Aku pula dah tak aktif lagi di luar samada dengan NGO atau kawan kawan lain. Lebih suka memerap di rmah. Adik beradik belah istri juga dah tidak ada apa apa aktiviti keluarga. Semua mereka kini menyepi.
Semalam aku terbaca di media sosial bahawa alangkah ruginya hidup ini, lebih lebih lagi bila dah tak sibuk dengan urusan keluarga, tidak pula diisi dengan hal hal yang memberi manafaat pada orang lain. Aku tahu lama dah tu tapi tidak ada apa apa tindakan yang aku ambil untuk merebut peluang berbuat baik ini. Aku semacam hilang punca.
Aku teringat nak beli kasut getah baharu (yang lama Akhmal dah ambil dan biasalah...anak anak...) Aku nak mulakan riadah diri bila sahaja cuti dari kerja. Di umur begini riadah jalan kaki sahajalah. Itupun entah berapa jauh aku boleh pergi, tak tahulah. Cepat penat sekarang ini.
Tempat riadah dah tentu paling sesuai di Mengkuang Dam. Jejaknya datar disamping pemandangan yang lapang, udara yang sejuk dan damai.
Rabun mata aku ni rasanya semakin ketara. Aku cuba untuk mengelak dari memandu di waktu malam. Matapun cepat penat jika membaca dengan lama.
Pagi ini Isnin, 'morning blues' kata orang. Agak lewat aku ke pejabat. Tapi lagi lewat bos dan staf lain. Tak nampak lagi bayang mereka.
Itulah... semakin hambar hidup ini. Kekadang terfikir nak join tabligh je (macam adik aku sekarang pergi ke belah negara Afrika untuk gast/jaulah). Mengisi masa dengan membersihkan jiwa raga di sisi suasana yang membina iman dan akhlak.
Sejak PKP dan pascanya pun, kawan kawan NGO pun seperti dah tiada menghulur 'salam' kepadaku.
Semuanya sepi!
5 ulasan:
Buatlah sesuatu yang disukai untuk isi kesepian itu. In Syaa Allah ada manfaatnya.
Cuba adakan aktiviti yang IM suka..insyaallah will be ok..cadangan nak beli kasut sukan tu SA sokong..at this age IM maybe boleh beriadah...brisk walk petang2 ke...mana tau jumpa kawan2 baru...dan IM boleh amik gambar sepanjang aktiviti dan share kat blog...boleh jugak kawan2 lain tengok dan share...
Pak Cik IM kalau masih larat, boleh buat grab. Saya selalu naik grab yang drivernya berusia, lebih tenang cara pemanduan dan cerita2 yang seronok disembang!
Pakcik IM penah join tabligh ke
bahaya kalau mata tak elok jgn memandu malam.. kalau xselesa baca lama2 cuba cari reading glasses
Catat Ulasan