Isnin, 31 Januari 2022

Mug Kopiko

Kumpul mug bukan lah sangat menjadi kegemaran aku akan tetapi bila terlihat jenis yang ini...? Hurmm...

Asalnya aku dapat free bila beli bungkusan kopiko. Bulan kemudiannya beli lagi, dapat lagi. Bila anak tahu aku suka mug begini dia bagi satu.

Aritu, aku ternampak ada jual kat online. RM3 je satu. Rasanya aku pesan 1 je. Bila pos sampai ke rumah, dapat 2 biji pula.

Sayangnya sebelum ini, 1 biji dah pecah. Terjatuh semasa membasuhnya di singki. Yang pecah itu adalah yang aku sayang sebab lukisan di mug itu agak menarik.

Aku memang suka membuat minuman di dalam mug yang sederhana saiznya ini.

Buat masa ini ada 2 jenis mug sahaja yang aku kumpul... Kopiko dan Ali Cafe.

Jenama lain tak berapa minat sebab saiz isiannya tak seperti yang aku suka yakni antara 200 ke 250 ml sahaja.

Jenama lain tak berapa minat sebab saiz isiannya tak seperti yang aku suka yakni antara 200 ke 250 ml sahaja.

Dalam erti kata lain, aku suka minum mug kaca jernih.  Yang dari luarnya boleh nampak air minuman di dalam.

Walaupun sekadar minum skyjuice...

3 ulasan:

Suria Amanda berkata...

SA pengumpul mug...selalu tukar2 kat opis..macam2 warna ada

Warisan Petani berkata...

Kalau dapat mug gratis memang suka

SalbiahM berkata...

uncle IM macam ayah saya. dia pun suka mug dan gelas jernih dan saiz sedang, bukan besar