Rabu, 20 April 2022

Rutin Ramadhan

Tak lama lagi nak raya. Tapi aku masih tidak merasai mood itu. Suasana rumah aku malah terbengkalai. Tidak kemas dan suram.

Aku adalah beli lampu lip lap. Suruh Akhmal gantungkan di depan rumah; antara kerawang yang dibuat sendiri oleh ibu_suri dulu semasa dia baru saja keluar dari hospital setelah disahkan mengidap bipolar disorder. Sekadar nak bagi rumah nampak seri oleh yang lalu lalang.

Bila adik beradik tanya dalam wasap grup, bila plan nak balik kampung beraya, aku jawap tiada plan. Memang tidak terlintas pun di fikiran aku nak balik atau tidak ke kampung. Tak macam dulu; bila time macam ni aku akan buka buku organiser aku dan membuat perancangan balik kampung daripada servis kereta, pakain apa perlu di bawa, bajetnya bagaimana dan lain lain.

Rutin hidup aku setiap hari ialah kerja, otw balik beli makan di gerai tepi jalan ( 1 mangkuk bubur nasi atau moi dan sebekas lagi kuih tepung talam ) + air buah atau teh hijau dari gerai Teh Lagenda depan kubur cina Penanti atau bancuh 3in1 sahaja.

Lepas berbuka, mandi, sembahyang, tengok tv ( selalunya berita. Movie orang putih; lain selalunya tak menarik tambah lagi drama Melayu lagi la aku rasa cemuih... ) atau dokumentari sejarah Islam. Jam 11 aku masuk bilik. Dengar lagu dari pemain kaset/cd aku kemudian tidur.

Memang tiada aktiviti yang menarik sepertimana wajah dan fizikal aku yang semakin tak kuat...

5 ulasan:

Suria Amanda berkata...

SA cuma nak bagi cadangan...maybe IM boleh beraya kat kampung..lawan rasa xde mood raya tu..sebulan puasa kan..u tunggcucu- cucu balik beraya ke...mungkin meriah sikit

Ammi berkata...

hidup perlu diteruskan IM..
kalau ikutkan ammi pun taknak beraya lepas kehilangan mama bulan 7 tahun lepas tapi ammi fikir ammi masih ada suami, anak-anak dan adik beradik.

kita masih perlukan keluarga

Kakcik Seroja berkata...

Semakin ke penghujung usia, semakin kita rasa tiada apa2.

SukaniMusik berkata...

tetap semangat pak cik,semoga Allah selalu susuri keberkahan kepada kita.
best sangat layan Raihan tu, pengubat hati.

Khamsi Abdullah berkata...

Semoga Tuan ditambahkan kekuatan. Balik ajalah ke kampung biar meriah di jiwa. Hilangkan sugul dan semoga kita semua bertambah bahagia insyaAllah.