Isnin, 31 Oktober 2022

Tuhan, Ampunilah Diriku!

Sekadar ingin bertanya khabar kepada rakan blog aku yang masih ingat dan mengikutiku. Lama tak menulis. Di rumah takda line internet walaupun kalau setakat pc itu Along boleh bagi. Bukan tak mahu install tapi kerja aku dengan gaji yang seciput ini rasanya tak mampu.

Dulu, kelmarin, semalam aku terlalu banyak masa kosong hingga tak tahu nak buat apa. Badan terasa lemau sebab tidak lagi aktif seperti masa masih aktif menjaga kebajikan ibu_suri. Otot tangan dan kaki aku pun terasa dah lembik, tak kenyal seperti dulu.

Semasa aku bersiap-siap untuk ke tempat kerja tadi aku berfikir... sampai bila aku hatrus membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa aku manafaatkan?

Dulu bukan main lagi aku merungut sebab terpaksa susahpayah menjaga kebajikan ibu_suri. Emosi, jiwa, hati dan tenaga rasa amat tertekan kerana terlalu letih badan dan fikiran yang 24 jam tanpa henti terpaksa berhadapan dengan kerenah ibu_suri.

Kini dia sudah tiada. Sesekali terbit rasa rindu untuk merasai kesibukan masa masa menjaga sidia. Tapi... apa yang boleh aku katakan. Allah lebih menyayanginya. Atau mungkin juga Allah mahu beri peluang untuk aku 'berehat' setelah lama bersekang mata, hati dan fikiran menjaga sidia.

Rumah pun dah sebulan lebih aku tak usik. Bila aku ke dapur tadi membasuh cawan minum aku terpandang sawang yang terjuntai dari siling. Parah ni, bisik hatiku bila melihat siling yang lain juga semakin banyak sawang. Dah macam rumah kosong tak berpenghuni.

Aku kena 'bangkit'! Bangkit dari malas dan tidak bertenaga. Aku perlu mengisi sisa sisa hidup yang  masih ada dengan sesuatu yang bermanafaat. Menjaga keadaan rumah supaya kekal bersih dan berseri setidak-tidaknya untuk aku nikmati semasa aku masih hidup ini lansung mewariskannya kepada anak-anakku bila aku telah tiada.

Menyimpan sedikit dari gaji aku yang ada untuk bekal bila tiba masanya aku dah tak mampu lagi makan gaji.

Memperbaiki dan meningkatkan amal ibadahku selagi aku masih terdaya untuk berdiri, rukuk dan sujud kepada Tuhan. Aku tahu, Tuhan tidak pernah memalingkan muka dariku walaupun aku selalu mengabaikan suruhanNya.

Aku ingin kembali menjadi diri aku yang 30 tahun dulu; aktif dalam kerja kerja amal dan berjaga malam.

Tuhan, ampunilah diriku. Sahabat, doakan aku!

6 ulasan:

SukaniMusik berkata...

ya pak cik, saya selalu mendoakan yang terbaik untuk pak cik nun jauh disana.
semuga selalu di berikan kemudahan dan kebahagiaan tanpa henti, meski hiup tak mudah dengans egala cobaan yang ada

saya pun jika buka blog selalunya mengunjungi blog pak cik ni, keep spirit pak cik.
berkumpul dengan kawan kawan penggemar musik juga best tu, peminat alleycats, ramli sarip, kembara, dll sekedar mengisi kekosongan, dan tentunya juga majlis ilmu kita.

salam..

Kakcik Seroja berkata...

Semoga sisa-sisa hidup kita yang masih berbaki ini tidak tersia-sia begitu sahaja. InsyaAllah. Aamiin.

SalbiahM berkata...

Semoga uncle IM akan dapat kembali semangat yang hilang. Rasa kehilangan agaknya sebab tu takde mood nak buat apa-apa. Bagus luahkan di blog, perspektif akan lebih jelas

Warisan Petani berkata...

Semoga Im terus sihat dan bersemangat meneruskan sisa2 hidup

aizamia28 berkata...

Lama sungguh saya tak singgah di sini rupanya. Salam Takziah buat uncle IM.

Moga uncle IM terus kuat dan sabar dalam meledani rutin harian. Moga semuanya dipermudahkanNYA.

Bagi saya, Blog tempat luahan hati, seperti sebuah diari. Kini, perlahan-lahan merangkak untuk mendapat rentak dalam mencipta memori di sini.

pB berkata...

Assalamualaikum,

bangkit lah.
Kuatkan semangat
jangan mengalah

Moga Allah permudahkan segala urusan .