Isnin, 26 September 2022

Kesian AKU...

Di rumah, bila hari cuti kerja, aku cuma makan, tengok tv, telusuri facebook atau tidur. Suatu aktiviti yang tidak menyihatkan rasanya. Anggota badan aku berasa 'lembik' terutama lutut.

Tak macam semasa masih ada ibu_suri, aku sentiasa ada kerja yang kena buat. Pagi pagi tentu saja urus lampin ibu_suri, bagi mandi, basuh dan sidai pakaian serta buatkan makanan dia. Sekarang semua itu tidak ada lagi. Aku ada terlalu banyak masa kosong.

Tiba tiba semalam aku teringat;

Why not aku kembali menulis? Suatu bidang yang amat aku minati semasa masih belajar di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh dulu.

Bermula dari tingkatan 4 bilamana abah aku belikan mesin taip kerana lulus cemerlang dalam SRP, penulisan adalah sesuatu yang amat aku minati. Zaman aku rajin membeli dan membaca majallah Bujal, Utusan Pelajar, Dewan Masyarakat, Geli Hati dan beberapa majallah lain. Bukan sahaja karya-karya bilis aku pernah terbit di majallah tersebut malah pernah tersiar dalam radio Ipoh hingga heboh kawan-kawan abah aku mengatakan aku dah masuk radio. Sengeh aje abah aku bila dia bercerita hal itu kepada aku. Bangga betul nampaknya dia walhal bukannya apa sangat.

Aku pun dah lama tak membaca. Habis kuat dulu pun membeli dan membaca Harakah 2X seminggu. Bila akhbar fizikal dah mula luput ditelan digital, lansung dah tak membaca.. Ditambahan pula sekarang aku dah di tahap terpaksa memakai cermin mata... lagi la malas. Penat pupil mata aku mengembang dan menguncup bilamana menatap biji biji huruf yang semakin samar dengan agak lama.

Tadi aku minta semula laptop yang aku beri pada Angah dulu untuk kegunaan cucuku belajar semasa pendemik. Aku harap aku dapat mengasah semula bakat menulis aku kembali seperti dahulu demi mengisi masa terluang. Setidak-tidaknya, ada kerja yang aku buat daripada membuntang sepanjang hari. 

Kesian AKU......!!

12 ulasan:

Amie berkata...

Menulis juga merupakan satu terapi minda. Teruskan usaha.

AzianKhalil berkata...

betul tu...saya menulis untuk meluahkan emosi dalaman sebab saya tak berapa pandai menyusun kata kata di lidah

mamapp berkata...

alhamdulillah teringat semula aktiviti yg menyeronokkan.. bagus sgt tu untuk keep busy dan pada masa yg sama healing juga

Wak Lat berkata...

Jamni zaman dh berubah, org dh x mnulis guna typewriter lg.. huhu

Warisan Petani berkata...

semoga dapat menghasilkan karya2 bermutu

Cuya berkata...

Assalam...jemput join giveaway saya! :) https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2022/10/giveaway-contengan-cuya.html

Mrs. A berkata...

Tulislah biar jadi kenangan hehehe...

Mat Som Sadona berkata...

Tahniah Insan Marhaen, tika org berbondong 2 ke TikTok, masih tetap rajin menulis blog. Era blog paling rancak adalah pada satu dekad yg lalu

SukaniMusik berkata...

keep strong pak cik...

pB berkata...

Assalamualaikum ,

semoga terus tabah

SalbiahM berkata...

Menulis ada hobi yang bagus. Hidup kena ada tujuan, kalau tidak akan berlalu begitu sahaja

aizamia28 berkata...

Bila menulis di dalam blog, seperti mengasah penggunaan tatabahasa saya (walau hakikatnya ke lautan dalam) tapi saya tetap suka menulis walau banyak tersimpan di dalam draf.. hehehe..