Selasa, 20 September 2022

Gigi Palsu? Oh Tidakkk....

Masa hayat ibu-suri masih ada dulu, dialah yang kerap memerlukan ubat sembelit ini namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku pula yang mahu tidak mahu terpaksa menelan 2 biji sekali bila perut rasa tak selesa kerana hampir seminggu tak buang air besar.

Dari pembacaan aku, ada 2 jenis keadaan buang air besar ini. Satu, yang membuang setiap hari dan kedua yang membuang beberapa hari sekali. Aku tergolong yang kedua itu lah.

Tapi akhir akhir ini aku perlu bergantung dengan ubat sembelit ini untuk clearkan usus besar aku.

Aku memang jenis lama di bilik air. Dulu bising ibu-suri bila lihat aku lama tak keluar keluar dari bilik air.

"You tidoq kat dalam ka?"

Ini mungkin sebab cara pemakanan aku yang tak hadam akibat gigi yang semakin bantak tertanggal dari gusi.

Aku sedang berkira kira untuk berjumpa dengan doktor gigi. Gusi aku semakin banyak yang ditolak keluar oleh gusi. Setakat ini dah 6 batang gigi aku tertanggal.

Mungkin sampai masa aku memakai gigi palsu.

Oh tidak!...


3 ulasan:

Amie berkata...

Banyakkan makan buah dan sayur. Lebihkan minum air suam atau air kosong. Barangkali perlu detox untuk bersihkan usus.

Warisan Petani berkata...

Bolehlah vuba try pakai gigi pelesu

mamapp berkata...

kalau ikut hati mmg tak mau kan tapi dh jadi tak selesa begitu mungkin dh sampai masa kot