Ahad, 3 April 2022

Selamat Berpuasa...

Hari ini hari pertama kita berpuasa. 

Selamat bersahur dan selamat berpuasa buat semua sahabat bloggerku.

Setingkat lagi umur kita mendaki masa. Dan tak sangka masa itu tiba kepadaku untuk bersahur dan berbuka sendirian. Selama ini aku hanya membaca di akhbar atau mendengar di siaran tv kisah orang yang bersendirian dalam hidup.

Tapi tak mengapa. Akubterima kenyataan hidup ini kerana memang tersurah di tangan Tuhan. Kita selaku makhlok kecilnya terima sahaja dengan segala syukur kerana keadaan aku ini rasanya lebih baik dari sesetengah mereka yang lebih malang. 

Rezeki masih tetap ada sesuai dengan usiaku. Kesihatanku juga boleh dikatakan masih baik sesuai dengan usia.

Aku masih ditanya khabar oleh anak anakku.

Malam pertama ini aku ditemani bersahur oleh Akhmal, anakku yang cukup bermasaalah satu masa sebelum ini... ingatkan ?

Alhamdulillah, sekarang ini dia sudah ok. Sejak berkahwin nampak sedikit kematangannya dalam mengendali hidup. Malah dialah yang selalu bertanya khabarku dan tempat aku meminta tolong.

Semalam aku minta dia gantikan tikar di bilik aku. Aku ceriakan sedikit bilik tidur aku di bulan mulia ini.

Sebab itu sebelum ini aku pernah menulis bahawa anak kita walau senakal mana: boleh kita marah tapi jangan membencinya apatah lagi buang dari keluarga. Sebaliknya anak yang kita benci dan meluat itulah mungkin yangvakan menjaga kita bila kita sudah diusia renta.

Kita terima sahaja keadaan anak anak kita seadanya dia. Semua anak anak kita bukan sama nasib hidupnya. Seperti juga nasib kita dulu di samping emak abah kita.

Ahhh....tiba tiba teringat mak aku dikampung. Mak aku yang telah ditinggalkan abah dan berbuka serta bersahur sendirian sejak lebih 10 tahun.

Al Fatehah buat abah!

5 ulasan:

Syazni Rahim berkata...

Selamat berpuasa Pak Cik IM, semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua

SalbiahM berkata...

selamat berpuasa Uncle IM. Akhmal dah berubah mungkin atas doa Uncle dan arwah dahulu. Semoga diberi kesihatan yang baik dan dapat beribadah sebaiknya

Umialya berkata...

Selamat berpuasa IM

Warisan Petani berkata...

Salam ramadan
Selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah yang lain2nya

Suria Amanda berkata...

Selamat berpuasa IM...