Khamis, 3 Februari 2022

Catatan Hari Ini

Sebenarnya dah beberapa kali aku cuba untuk menaik taraf blog aku ni dengan rekabentuk agak baru. Format yang aku guna sekarang ini dah bertahun rasanya tidak diubah.

Tapi nampaknya kemudahan ubahsuai sudah tidak seperti dulu. Blogspot lebih utamakan layout mereka yang lebih standard.

Kalau dulu aku boleh sahaja tukar font, tukar warna latar belakang mahukan malah berbagai modifikasi. Sekarang ini terasa susah ditambah pula dengan otak aku yang dah tumpul. Letih kalau berfikir lama sangat di depan skrin. Mata pun nanti berair.

Nampaknya redo sahajalah dengan format yang aku ada sekarang.

Nanti nantilah. Bila ada mood dan tenaga baru, aku godek godek blogspot ni. Nak letak warna agar nampak baru dan ceria sikit.

Aku nak pergi KAMDAR sat lagi. Nak beli beberapa helai baju dan seluar. Dah lama tak membeli ni. Mungkin dengan baju dan seluar baru rasa ceria sedikit nak pi kerja atau balik kampung.

Ha'ah... sebut balik kampung ni, teringat pula cuti hujung minggu ni. Kenapa tidak balik jenguk mak?

Mak pun banyak ragamnya sekarang ini terutama pasal bumbung rumah. Dah tukar bumbung baru dengan teknologi baru, aleh aleh mak tak suka pulak. Dia suruh tukar ke design lama. Guna kayu.

Kesian adik adikku yang menjaga mak di kampung. Hadap sikap mak yang berubah-ubah.

Kalau dengan abah ni lain. Tapi main dengan mak.....adoi! Antara Syurga dan Neraka, bayangannya tu! 

Begitulah tingginya darjat seorang ibu di sisi Tuhan. Tempat pertama, kedua dan ketiga adalah ibu. Allah menghargai wanita sebenarnya terutama wanita yang solehah.

Dan aku selalu menasihati anak-anakku supaya menghargai ibu_suri dan menghargai istri mereka yang menjadi ibu kepada cucu-cucuku!


8 ulasan:

Syaz Rahim berkata...

Tapi layout ini ringkas dan memudahkan pembacaan ;)
Hati2 di Kamdar, jaga SOP :D

SalbiahM berkata...

layout ni ok je IM, cuma kecil bila tengok di handphone. di PC ok je. selamat balik kampung ya

Suria Amanda berkata...

SA rasa layout ni ok..tapi kalau nak buat pembaharuan pun ok jugak IM...

al-lavendari berkata...

Layout mcm ni pun ok juga, simple.

SukaniMusik berkata...

lay out ni best juga pak cik, saya pun guna ni, ianya fast response dan tak berat. sejak 2012 lagi saya guna template ni, dah nyaman rasanya.

Wak Lat berkata...

kasih ibu membawa kesyurga.. aminm

caidiepaci berkata...

MicroTouch Titanium Trimmer - SteelSeries.com
› pinodes titanium (iv) oxide › pinodes The SMT Titanium Trimmer is a lightweight, high-quality, flexible replacement that provides flexibility and precision in titanium gr 2 a more flexible design. The device is titanium ingot designed titanium bohr model to titanium 170 welder

totiseth berkata...

h871l5pfbse603 dildos,vibrators,realistic dildo,fantasy toys,dog dildo,Discreet Vibrators,wholesale sex toys,double dildos,wholesale sex toys y937w4qwmrf475