Isnin, 21 Mac 2022

Dunia Yang Sepi...

Lama tak mngisi blog ini dengan penulisan. Cuma sesekali singgah sebelum mula kerja di ofis. Rakan blog seangkatan aku juga dah lama menyepi.

Aku sayang blog aku ini. Di dalamnya ada banyak kenangan yang aku sendiri hampir lupa.

Muga blog ini akan kekal di alamaya dan menjadi rujukan bila aku rindu kepada masa laluku. Juga jika digerak hati adik beradik atau anakcucuku nanti, mereka membaca kisah pahit manis hidupku yang telah aku lalui bersama mereka.

Kini aku sendirian sahaja di rumah mahupun di dalam kehidupan. Kekadang bila hujung minggu, aku tak tahu nak berbuat apa.

Sibuk aku menjaga ibu_suri sudah dibawa pergi ke alam baqa'.

Sibukku menjaga anak anak dulu telah dibawa pergi oleh mereka ke alam dewasa mereka.

Rumah yang dulunya aku rasa kecil kini menjadi luas dan sunyi.

Gaji yang dulunya tak pernah cukup kini aku pun tak tahu nak berbelanja untuk apa.

Kereta aku yang dulunya dihantar servis ikut kilometer kerana kerapa ke sana kemari membawa ibu_suri berjalan jalan mencari kedamaian hati kini aku hantar servis ikut bulan sahaja kerana tidak lagi kerap bergerak.

Kawan pun semakin jauh. Adik beradik juga sorang demi sorang sudah tiada.

Dunia...semakin sepi dan kosong layaknya.

Nak balik kampung pun terasa bosan dan tak tahu nak buat apa selain lepak kedai mamak sorang diri...

4 ulasan:

Suria Amanda berkata...

Bertabah la IM, dah sampai masa kita akan hadapi semua kesunyian ini...

Wak Lat berkata...

mukin bebanan kat dlm dunia dah berkurangan.. time utk bekaln akhirat ye tokk.. aminn

Ammi berkata...

dah boleh join grup2 ngaji ni

Khamsi Abdullah berkata...

Allahu... membaca tulisan tuan buat hati saya tak keruan.. sepi yang tuan rasa, sampai ke jiwa saya. Semoga sentiasa tabah mendepani apa2 yang datang. Moga sihat2 selalu.