Isnin, 26 September 2011

Surga itu Mahal Harganya

Semalam aku hadiri Majlis Hari Raya anjuran IKRAM Negeri Pulau Pinang di Taman Kelasah, Seberang Jaya. Aku bawa bersama ibu_suri yang merupakan kali pertama penampilannya di khalayak sahabat-sahabat sejamaahnya dulu.

Agak lama juga ibu_suri duduk dan makan di meja barulah ada beberapa orang sahabatnya datang menyapa. Mereka seperti teragak-agak hendak bertanya khabar. Mungkin kerana mereka masih menyangka ibu_suri akan bertindak agresif jika tersilap sapa sepertimana ketika dia baru keluar dari hospital dulu. Dimasa itu dia pernah ‘meyerang’ beberapa guru tadika tempat dia mengajar kerana tidak sebulu. Dan lagi, bahasa yang ibu_suri gunakan ketika berbual kekadang kurang enak di dengar walaupun sebenarnya ibu_suri bukan berniat begitu.

Berita itulah yang mungkin tersebar dan akhirnya membuatkan ramai yang tidak berani menziarahnya di rumah. Akhirnya, tinggallah ibu_suri sepi tanpa ziarah dari kawan-kawan hingga dia pernah berkata bahawa dia telah dilupakan.

Antara yang datang dimajlis ini adalah ustaz Shuib dan  pelajar-pelajar USM Trans Krian. Aku tunjukkan kepada ibu_suri akan seorang anak ‘down sindrom’ yang tidak duduk diam; berjalan merata-rata sambil di kawal ibunya.

“I kenal tu. Itu anak si XXX. Masa I masuk hospital di Bagan Specialist dulu, maknya ada datang tengok I.” Terang ibu_suri.

Ibubapa kepada anak istimewa itu bukan sembarangan. Anak orang bijak dan berjawatan namun ujian dari Tuhan tidak mengenal taraf. Lagi hebat jawatan atau keilmuan sesaorang itu lagi besar dugaan yang akan diterimanya.

Yalah...Syurga itu mahal harganya. Ia bukan mudah dimasukki  seperti memasuki pawagam dengan hanya membeli tiket yang harganya cuma beberapa ringgit!

12 ulasan:

al-lavendari berkata...

memang benar .. bukan senang-senang sahaja nak masuk syurga. perlu lulus dugaan dan ujianNya.

nyanyisunyi berkata...

untuk masuk ke neraka Allah amatlah mudah...tapi untuk masuk ke syurga Allah juga mudah jika itu pilihan kita..renung2kanlah bagaimana utk kita masuk ke syurga Allah yg memangnya bukan mudah..

iBu...gUru berkata...

Salam IM...... Dr Shuib..... jiran setaman saya tu......

ibuintan berkata...

betul IM, ujian Allah dalam berbagai bentuk dan cara


moga kita berjaya melaluinya dengan sabar dan redha

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah ibu_suri sudah mula menampilkan diri dalam suasana jamaah.

Semoga akan membuahkan satu perubahan yang baik untuk keluarga IM.

Kunang-Kunang berkata...

Assalamualaikum IM,

Itulah menunjukkan Allah maha kaya dan pencipta yang Agong. Kita sebagaimana hambya sebijak mana pun kita tidak mampu melawan apa yang telah ditakdirkan pada kita.

IMANSHAH berkata...

Syurga itu mahal harganya. Ia bukan mudah dimasukki seperti memasuki pawagam dengan hanya membeli tiket yang harganya cuma beberapa ringgit!

saya suka ayat ini

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Meskipun payah untuk meraih syurga Allah, namun jika kita berusaha ke arahnya insya Allah akan Allah permudahkan..

LadyBird berkata...

Alhamdulillah :)..
Ibu Suri dah semakin pulih~.. insya-Allah..

:).. semoga Alalh memberi ketabahan kepada pakcik dan ibu suri.. serta ketabahan untuk lady juga.. ameeennn..

aku HIV positif berkata...

alhamdulillah dan tahniah atas penyampaian mesej dlm cara yg cukup bermakna.
mungkin mereka yg berdepan dengan ujian sahaja yg betul2 mengerti

NzA berkata...

kita sntiasa diberi ruang utk ke syurga...

Mario berkata...

setuju...bukan mudah...