Maaf kerana lama tak singgah blog kalian. Talian Streamyx aku ‘masuk air’. Aku hanya sempat ‘curi-curi’ akses blog aku melalui talian di ofis.
2-3 minggu lalu aku singgah di Kedai Muzik Siau, pekan Bukit Mertajam. Teringin sangat nak miliki CD Blues Gang. Bagi aku, lagu-lagu Blues Gang banyak mempunyai unsur-unsur positif.
Semasa asyik membelek CD, aku terdengar perbualan tauke kedai dengan seorang pelanggan yang baru masuk.
“Itu, lagu Hindustan lama-lama punya ada ka, taukeh?”
“Ada. Mau try ka?”
Maka berkumandanglah lagu yang aku agak dari filem Kati Patang.
“Wa…banyak syiok la dengar ini lagu Hindustan lama-lama punya.”
“Ya… la. Gua pun tau ini lagu …” Lalu taukeh kedai tu ikut menyanyi dengan bahasa Hindustan.
“Waa… Lu terel la. Lu ada tengok ka ini filem?”
“Ada… Itu jam saya sekolah.”
“Lu umur berapa?”
“56. Lu?”
“Waa… Gua ingat lu lagi muda sama gua. Gua baru 54. Tapi nampak macam lagi tua dari lu.”
“Gua hari-hari happy dengar lagu. Hidup ini aarr… hati mesti selalu happy, baru muka boleh nampak muda. Kalay selalu sedih saja arr…. Cepat tua!”
Betul juga, fikirku!
8 ulasan:
Memang orang selalu kata, raut wajah cerminan hati. Gembira hati, berserilah wajah. Lain orang lain resepinya, utk menggembirakan hati. Teringat saya formula ustaz, pakar motivasi, pemuzik... dan yang lain-lainnya.... Salam bahagia.
senyum selalu ubat awet muda juga IM
Kena sntiasa happykan diri....
setuju..
beza ibu dan abah adalah 2 tahun.. skrang abah dah 57 tahun, namun tiada uban dikepala.. abah kerja drive bas persiaran..
selalu enjoy dan sellau ramah..
hasilnya ibu yang hanya duduk dirumah dgn tiada pekerjaan.. rupanya seakan lebih tua 10 tahun dari abah..
tak nampak muda pun tak per..memang dah tua pun..hehehe
senyum dan maafkan orang bikin hati muda juga kan
org cakap.. senyum, tenang, bahagia itu awek muda.. kalau tension jerk.. muka cepat berkedut..
senyum2 selalu..baru la nnpk mudakan...
Catat Ulasan