Ahad, 6 Oktober 2013

Terima Kasih Bloggers!

Pagi tadi. Aku bagai biasa, jogging di Tasik Mengkuang. Trek yang aku ambil jauhnya 4 km pergi balik. Sambil jogging sambil dengar nasyid dari talipon bimbit.

Aku sampai jam 9.30 - matahari dah tinggi. Ibu_suri menunggu di kereta sambil baca akhbar. Bagi aku, dia mahu ikut pun dah cukup bagus. Biar kulitnya yang putih melepak dibakar matahari pagi.

Berdasarkan dari pengalaman riadah yang lepas, bila aku pergi agak lewat, cuaca beransur panas. Urat saraf dan tisu kulit dah cukup regangan. Badan pula dah mula terasa ringan. Mudah untuk aku lebihkan berlari berbanding sebelum ini lebih banyak berjalan.

Makan tengahari pula aku semakin berhati-hati memilih pakej makanan. Banyakkan ulam dan berpada-pada memilih lauk.

Aku lebih suka beli ikan basah dan menggoreng sendiri di rumah. Memasak sendiri lebih afdal. Disamping kita boleh menjaga kandungan nutrisinya, masakan dari air tangan sendiri/isteri lebih barokah. Akan lebih mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.

Tapi sayangnya, kemampuan aku setakat goreng ikan jer... Itu pun dah dikira baguih bebenor le tu!

Masa makan petang tadi ntah kenapa tiba-tiba ibu_suri muntah. Tak biasa dia begitu. Aku harap tidak ada apa-apa yang serius berlaku.

Sengaja aku paksa ibu_suri tidur sebaik balik dari Tasik Mengkuang tengahari tadi. Jika terus-terusan biarkan dia berjaga akan beri kesan tidak baik terhadap hipertensinya.

Terima kasih buat sahabat bloggers atas nasihat yang diberikan sejak aku menulis tentang kondisi kesihatanku terkini!

Agaknya, kat sini paling sesuai untuk kita lepak
(Foto hiasan. Lokasi: Seberang Jaya)

8 ulasan:

JR berkata...

Saya pula suka joging awal pagi sebelum minum pagi. Ketika itu cuaca masih dingin, Kalau lebih pukul 8.30 pagi, biasanya saya batalkan joging, buat kerja lain seperti membersih di luar rumah....

Tanpa Nama berkata...

hehee, cantik nama restoran tu. sekarang ni minuman yang nama coolblog tu tengah naik...

Kakcik Seroja berkata...

Entah kenapa kakcik sangat2 malas untuk berjogging. ..

Kamsiah yusoff berkata...

sekali jogging,2,3 hari sakit segala urat saraf,sendi hehe..begitulah sbb jarang2 berjogging..

Kakzakie Purvit berkata...

Agaknya kesan kena panas ikut IM jogging ibu_suri jadi macam tu..
Eh... ada restoran bloggerslah:)

hrusli61 berkata...

Bagus juga sambil bercerita sambil kurangkan stress.

Tanpa Nama berkata...

Dh ok ke ibu suri?moga keadaannya makin baik dan smoga dia dcintai oleh suami smpai ke hjg nyawa..amin.yelah..kita ni skadar manusia yg lemah..moga cinta n kasihsyg bpjgn slamanya

ANIM berkata...

IM, saya suka gambar header di atas...menyentuh jiwa:-))