Isnin, 7 Oktober 2013

Imbuhan...

Aku perlu bawa ibu_suri jalan-jalan malam ini kerana esok aku ada usrah. Aku malas keluar sebenarnya. Tambahan pula, di luar sejuk akibat hujan seharian buat aku lagi culas.

Singgah di BSN untuk keluarkan RM150, duit imbuhan OKU ibu_suri. Kalau lewat dari 10hb, JKM akan tarik semula duit itu dari akaun. Silap haribulan, lansung tak dapat lagi di bulan seterusnya.

Mungkin tahun depan, ibu_suri akan layak menerima imbuhan tahunan RM100 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang pula. 

Setiap tahun pula, selalunya bila hadir ke Mesyuarat Agung Koperasi Pelaut yang mana ibu_suri ada membuat pelaburan di dalamnya; akan dapat pula sekitar RM100.

Duit-duit itulah sebenarnya penghibur hati ibu_suri disetiap bulan dan setiap tahun. Hasrat hatinya, dengan simpanan yang ada ini akan dapat mencapai hajat untuk menunaikan Umrah atau Haji di satu hari nanti. Dia selalu bertanya - bila kita boleh pergi, bang? Aku hanya garu diam!

Dia mungkin tak tahu. Selain soal kewangan, aku juga selalu terfikir - bagaimanalah kalau kiranya benar-benar kami dapat pergi kelak? Keadaannya yang separa normal itu, bagaimana nak aku uruskan? Sedangkan dalam keadaan selesa di rumah lagi kan aku selalu mengeluh, inikan pula di tempat sukar dan merenyut dengan orang?

Foto hiasan:
Satu lagi Cafe unik - lokasi di Seberang Jaya

6 ulasan:

NzA berkata...

SetiAp niat yg baik insyaallah, allah permudahkan. Contohnya mama saya yg pengidap sakit jntung kritikal, gout , n pelbagai pnyakit yg perlu pengawasan rapi tapi bila menunaikn hj n umrah alhmdulillah bila disana dia seolah2 seorg yg normal. Kuasa allah mengatasi akal pemikiran manusia.....

Kamsiah yusoff berkata...

mak mertua saya dah 80 lbh umurnya..dah lama jugak berkerusi roda sbb uzur..tp alhamdulillah th ps dah selamat menunaikan haji,

ANIM berkata...

saya pernah jumpa orang tua bertawaf, bongkok sampai kepala nak cecah lutut. ada juga jemaah buta lelaki yang pergi ditemani isteri. insyaAllah..bagi mereka yg berkerusi roda..banyak yang sudi membantu..yang penting, pasang niat. Bantuan Allah pasti datang. Mudah2an Allah permudahkan urusan dan hajat ibu_suri

JR berkata...

Semoga setiap niat yg baik akan menerima ganjaran terbaik dari Allah dan Dia akan mempermudahkan jalannya.....

suriza berkata...

Insyaallah, Allah akan permudahkan. Hanya sambut jemputan Allah dengan redha, insyaallah ada jalannya. Kekadang yang berlaku sebaliknya, yang sihat kesana sakit!

insan marhaen berkata...

Su AZ,

TK kerana singgah. Kenapa lama tak update blog?