Semalam, aku ziarah mertua. Perkara wajib yang selalu aku lakukan selain melihat keadaan mereka ialah membasuh bilik air.
Sebelum ini aku hanya menyiram dengan air kosong dengan memastikan rerambut, sesampah kecil dan memberus lantai. Entah macammana semalam terbit idea nak membasuh guna sabun sental. Hah... puas hati rasanya melihatkan bilik mandi mertua bersih dan berbau bersih ( taklah berbau hapak ).
Hari ini aku balik kampung. Kalau hanya aku dan ibu_suri sahaja di rumah mak ( tanpa ada adik beradik lain ), perkara wajib di sini pula ialah membersihkan sedari bilik mak hingga ke singki dapur.
Rumah mak ( rumah yang mungkin lebih tua dari usia aku sendiri ) dan usang. Kebanyakn papan dinding dah dimakan bubuk. Aku nak perbaiki semasa baru dapat duit pampasan hari tu tapi mak tak bagi. Katanya, rumah tu penuh dengan kenangan bersama abah. Dia tak mahu diusik walau sekeping papan sekalipun.
Berpeluh-peluh aku membersih peti ais, mop lantai, buang sampah dan lap almari serta meja. Peluh yang menitis memang memberi kepuasan yang terkatakan.
Disamping melayan kerenah ibu_suri yang lebih mahu tinggal di dalam kereta kerana berhawadingin ( maklumlah rumah mak beratap zing ) dan sesekali mahu aku membawanya keluar kampung membeli teh ais kemudian singgah ke masjid untuk buang air.
Semua itu memang meletihkan di usia aku yang semakin petang ini akan tetapi aku melakukannya dengan ikhlas kerana mahu menabur bakti kepada makku dan mertua.
Aku tak mahu adik beradik tahu pun. Cukup aku tahu sendiri.
Kekadang ibu_suri bersungut kerana kenapa aku sahaja yang bersusahpayah mahu mencuci semua itu. Aku cuma diam. memang susah nak memberi faham kepada ibu_suri kerana tahap pemikirannya bukan lagi senormal kita sebaliknya lebih dikawal oleh emosi yang tak menentu.
Bila dah balik semula ke rumah sendiri, tak sedar rumahnya aku terlena di kerusi panjang hingga dinihari....
4 ulasan:
Bagusnya im, bertuah sebab masih punyai ibu dan mertua, masih boleh berbakti kepada mereka.
Kami suami isteri sudah lama kehilangan mereka..
Berbaktilah kepada orang tua kita selagi mereka masih ada.
Untung mak dan mertua IM ada anak menantu macam IM.
Teringat arwah ayah saya dulu, mak ayah tinggal di kampung sebelah. Hampir setiap hari atau 3-4 kali seminggu ayah akan jenguk mak dia apabila balik kerja. Buat apa yang mak suruh tanpa banyak cakap. Yang tak suruh pun buat.
Kalau ada apa-apa, memang mak dia akan cari dia walaupun ada orang alin dekat rumah.
Sama juga dengan moyang yang tinggal sekali dengan kami. Masa sakit, memang cari arwah ayah.
Sekarang, Alhamdulillah, nampaknya adik lelaki saya sangat mewarisi apa yang ayah lakukan.
Berbakti kepada ibu bapa adalah kewajipan kita selagi ada hayat mereka.
alhamdulillah...jangan ambil hati dgn perlakuan ibu suri..
Catat Ulasan