Betul juga kata ibu_suri - doktor bagi cuti untuk rehat di rumah. Namun naluri untuk pergi ke Tasik Mengkuang beriadah melonjak-lonjak.
"Abang jalan-jalan santai jer.. Bukan jogging macam selalu tu.." ujarku sambil menyarung kemeja T warna oren logo JIM. Aku tetap mahu ke sana.
Trek yang aku lalui adalah trek panjang. Lengang tak ramai orang kerana hari ini adalah hari bekerja. Kalau ada pun ialah generasi The Baby Boom, macam aku nih. Suria mulai tinggi menikam kulit. Kepala aku mula berdenyut. Serba tak selesa rasanya.
Lengang |
Selesai jalan-jalan santai aku ajak ibu_suri singgah makan di Restoran Santapan Utara, Seberang Jaya. Situ banyak lauk jenis ulam. Tengahari ini aku cuma masak nasi saja. Segan nak masak lauk.
Angah menalipon; "Kenapa ayah m/c hari ini?"
"Darah tinggi ayah naik."
"Hmm.... Ayah kena rehat di rumah. Tak boleh kena panas. Nanti sakit kepala."
Ha... Ha.. Memang kepala aku dah mula berdenyut ni.
"Betul kata you tadi. Patutnya abang rehat saja di rumah. Malam tadi pun abang tidur lewat dari jam 12 sebab tulis blog."
"Abang tulis apa...?
"Tak.. tak... baca blog jer... Hal-hal negara!" sambil hatiku terkekeh-kekeh....
5 ulasan:
banyak2kan makan minum yg masam2...ulam2an yg pahit2..jgn tido lewat...
Ohhh... tak mengaku tulis blog ye. Bimbang ibu_suri baca ke IM? Harap darah tinggi dah turunlah..
Saya pula kalau lepas joging, bila check darah ia akan menurun dari bacaan sebelum joging. Pernah mengadu kat doktor, doktor kata "Mungkin jantung you terbalik kot!" kerana selalunya lepas joging tekanan darah akan meningkat, bukan menurun..
sejak suami saya disahkan ada darah tinggi, dr tak benarkan dia berjogging dan main badnminton IM. buat senaman ringan saja. terkejut juga bila IM kata p jogging..
p/s nasib baik terlepas cakap tapi boleh undur..hee
Kamsiah,
IM tak suka masam. Ulam ok...
Kak Zakie,
Pssttt......
JR,
He.. he..
Anim,
Ya... Sekarang IM tahu dah la...
Catat Ulasan